Baiki Motherboard iPad Air 4 Water Damaged

Baiki-iPad-Air-4-Short-Circuit-Kedai-Baiki-Motherboard-iPad-Repair-Logicboard-iPad-Cyberjaya-Putrajaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi-KLIA-Nilai

iPad Air 4 tak hidup 2 tahun!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu kes kerosakan yang telah terjadi keatas sebuah tablet yang berjenama Apple model iPad Air 4 milik seorang pelanggan kami yang bernama Ary dari Bandar Sri Hartamas.

Anak-anak beliau yang singgah ke premis perniagaan kami telah menyerahkan iPad tersebut dan meminta supaya kami dapat memeriksa sekaligus membaiki semula tablet tersebut yang dikatakan sudah rosak dan tidak dapat dihidupkan setelah dimasuki air pada tahun 2021 lalu.

Seperti biasa, bagi kesemua kes kerosakan yang disebabkan air, kami akan memulakan sesi membaikpulih dnegan mencuci semua peralatan dan komponen dalaman terlebih dahulu. Proses ini penting dan sangat mustahak demi mengelakkan kerosakan yang lebih besar pada sesebuah peranti.

Sebaik sahaja siap dicuci, kami mendapati bahawa logicboardnya sudahpun berada didalam keadaan litar pintas. Selain itu juga, set lcd skrin dan power buttonnya juga sudah rosak akibat dimasuki air pada masa lalu.

Setelah dimaklumkan kepada pemiliknya berkenaan gerak kerja yang akan diambil beserta anggaran kos yang akan dikenakan, beliau terus bersetuju dan meminta kami supaya dapat membaikinya semula dengan sesegera yang mungkin kerana amat memerlukan data peribadi yang terkandung didalam tablet berkenaan.

Akhirnya iPad Air 4 milik Puan Ary dari Bandar Sri Hartamas itupun kembli pulih dan berfungsi normal seperti biasa sebaik sahaja ia siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalamana didalam mengendalikan kes-kes kerosakan logicboard yang sering berlaku keatas iPad & iPhone.

Baiki-iPad-Air-4-Short-Circuit-Kedai-Baiki-Motherboard-iPad-Repair-Logicboard-iPad-Cyberjaya-Putrajaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi-KLIA-Nilai

Setelah siap diabiki BenAbas Gadget

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?

Buat seluruh warga Cyberjaya, Putrajaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.

Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di P3-09, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6. 63000 Cyberjaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.

Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia

Updates

ipadMotherboardRepairWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *