iPad mati selepas charge semalaman!
Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah tablet berjenama Apple model iPad Air 3 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Cyberjaya iaitu Encik Isa.
Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami sambil ditemani anak beliau telah menyerahkan tablet tersebut dan meminta kami untuk membaikinya supaya berfungsi baik seperti sebelumnya.
Ketika kami memeriksa tablet tersebut, beliau juga mengatakan yang tablet itu tidak boleh dicas walaupun telah mengecasnya sejak dari malam hari. Ini menyebabkan beliau telah menghantar peranti tersebut ke sebuah kedai membaiki alat telekomunikasi yang berdekatan dengan rumah beliau.
Malangnya juruteknik dikedai tersebut gagal membaikinya dengan alasan bahawa tablet itu sudah mengalami kerosakan pada logicboard dan mereka tidak mempunyai tenaga kerja yang mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Setelah selesai di diagnosis dan diimbas dengan kamera pengesan suhu tinggi yang terdapat dikedai kami, kami mendapati tablet ini mengalami kerosakan pada USB IC.
Masalah ini selalu terjadi sekiranya sesebuah peranti dicaj pada tempoh yang terlalu lama. Bahkan penggunaan kabel dan adaptor palsu dan berkualiti rendah juga boleh menyebabkan kerosakan yang seperti ini.
Sebaik sahaja pemilik tablet ini dimaklumkan gerak kerja yang akan diambil beserta kos yang akan dikenakan kelak, beliau terus bersetuju dan meminta supaya kami dapat membaikinya dengan kadar sesegera yang mungkin kerana ingin menggunakannya untuk urusan kerja seharian yang amat penting.
Akhirnya dalam masa beberapa ketika, iPad Air 3 milik Encik Isa itu dapat dihidupkan dan berfungsi normal seperti sediakala sebaik sahaja ia siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman didalam mengendalikan kes-kes kerosakan logicboard yang selalu terjadi ketas iPad & iPhone.
Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?
Buat seluruh warga Cyberjaya, Putrajaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di P3-09, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6. 63000 Cyberjaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia