Baiki PA IC Huawei P10 – Cyberjaya

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model P10 milik seorang pelanggan kami dari Cyberjaya iaitu Puan Nurul Husna.

Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami sambil ditemani ahli keluarganya yang lain telah menyerahkan fon tersebut kepada kami dan meminta juruteknik kami untuk memeriksa sekaligus membaiki semula fon itu yang dikatakan tidak dapat dihidupkan secara tiba-tiba.

Sebaik sahaja menerima fon itu, kami terus membuka dan meleraikannya untuk melihat bacaan arus current pada motherboardnya. Proses ini adalah wajib bagi membentuk gambaran asas tentang apa sebenarnya yang telah berlaku ke atas fon ini sehingga mengakibatkannya tidak dapat hidup secara tiba-tiba.

Setelah diperiksa dengan menggunakan kamera thermal kami mendapati bahawasanya fon ini sudah mengalami litar pintas atau short circuit pada komponen Power Amplifier IC yang terdapat di papan litar fon ini. Kami juga dapat melihat kesan tumpahan air yang menurut pengalaman kami terjadi disebabkan oleh hand sanitizer.

Tanpa melengahkan masa, juruteknik kami terus menghubungi pemilik fon ini untuk menerangkan punca masalah, kos baikpulih beserta jalan kerja yang akan diambil kelak. Beliau terus bersetuju dengan tawaran dari pihak kami dan meminta supaya kami dapat menyiapkannya dengan kadar sesegera yang mungkin.

Akhirnya, fon Huawei P10 milik Puan Nurul Husna dari Cyberjaya itupun kembali hidup dan berfungsi normal seperti sediakala sebaik sahaja ia siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman didalam mengendalikan kes-kes kerosakan motherboard yang sering terjadi pada peranti Android & IOS.

Baiki-PA-IC-Huawei-P10-Short-Circuit-Kedai-Baiki-Handphone-Huawei-Cyberjaya-Putrajaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi-KLIA-Nilai
Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget.

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?

Buat seluruh warga Cyberjaya, Putrajaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.

Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di P3-09, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6. 63000 Cyberjaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.

Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia

Artikel Terbaru