Baiki iPhone 11 No Service – Cyberjaya

Baiki-iPhone-11-No-Service-Kedai-Baiki-Motherboard-iPhone-Repair-Logicboard-iPhone-Cyberjaya-Putrajaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi-KLIA-Nilai

Simkad tak boleh detect.

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Apple model iPhone 11 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Cyberjaya iaitu Encik Adli.

Beliau yang menghubungi kami melalui talian Whatsapp telah bertanyakan jika kami ada menyediakan perkhidmatan membaiki motherboard iPhone 11 yang mengalami masalah network yang tidak dapat disambung.

Sebaik sahaja beliau tiba ke lokasi premis perniagaan kami, kami telah menyemak beberapa halaman diruangan setting untuk melihat samada litar basebandnya masih normal atau tidak.

Ternyata sama seperti yang kami jangkakan, litar baseband masih lagi baik. Akan tetapi tidak bagi litar network yang bekerja untuk mendapatkan signal frekuensi tinggi kerana berdasarkan pemerhatian kami, terdapat kerosakan samada pada litar atau ic nya sendiri.

Perkara ini tidak dapat dipastikan melainkan setelah kami meleraikan 2 lapisan logicboard fon ini dan memeriksa dengan lebih lanjut. Pemiliknya bersetuju untuk tinggalkan fon itu di kedai kami dengan harapan supaya kami dapat meneliti dengan lebih dalam sekaligus membaikinya semula agar dapat digunakan dengan baik seperti sediakala.

Setelah diperiksa dengan penuh teliti, hasil diagnosis kami yang mendalam mendapati terdapat kerosakan dan kebocoran komponen yang membekalkan kuasa pada ic network. Inilah penyebab utama kenapa network fon ini mengalami kegagalan untuk mengesan simkad walaupun sudah ditukar dengan beberapa simkad yang lain.

Akhirnya, iPhone 11 milik Encik Adli itupun kembali pulih sepenuhnya seperti sediakala sebaik sahaja ianya siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan yang sering terjadi pada logicboard iPad & iPhone.

Baiki-iPhone-11-No-Service-Kedai-Baiki-Motherboard-iPhone-Repair-Logicboard-iPhone-Cyberjaya-Putrajaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi-KLIA-Nilai

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget.

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?

Buat seluruh warga Cyberjaya, Putrajaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.

Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di P3-09, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6. 63000 Cyberjaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.

Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia

Updates

iphoneMotherboardRepair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *