Mitos motherboard fon rosak
“Motherboard fon ni dah rosak tuan, dah tak boleh repair dah. Kalau repair harga dia boleh beli fon baru”
Sepanjang tempoh lebih kurang 5 tahun BenAbas Gadget beroperasi, perkataan semacam diatas sering kali kedengaran ditelinga kru kami ketika berurusan dengan pelanggan yang sering bertanyakan tentang masalah yang sedang dihadapi fon mereka.
Persoalannya, benarkah sesebuah fon yang mengalami kerosakan pada motherboard atau papan litar benar-benar sudah tidak boleh dibaiki lagi? Dan benarkah kosnya terlampau tinggi sehingga menyebabkannya kadang kala lebih tinggi dari harga pasaran fon itu pada waktu tersebut?
Bagi menjawab persoalan diatas, kami akan cuba menerangkan sedaya mungkin berdasarkan pengetahuan dan pengalaman kami yang masih boleh dikatakan mentah didalam dunia baikpulih smartphone.
Motherboard itu apa?
Sebelum itu, izinkan kami menerangkan serba sedikit secara ringkas berkenaan motherboard smartphone pada hari ini. Bagi setiap smartphone yang ada pada hari ini, terdapat sebuah papan litar yang menjadi induk terbesar didalam sesebuah peranti dimana ianya merangkumi banyak komponen yang tercantum untuk bekerja menghidupkan kesemua fungsi didalam sesebuah peranti.
Komponen-komponen yang terkumpul itu saling berkait dimana kesemuanya dihubungkan melalui jalur yang terdapat pada sesebuah papan litar. Diantara komponen yang terdapat didalam sesebuah papan litar (akan disebut sebagai motherboard / logicboard sahaja selepas ini) adalah kapasitor, resistor, diode, coil/inductor, CPU, RAM dan chipset atau IC. Kesemua komponen ini akan bekerja dan memerlukan satu sama lain dari butang power mula ditekan lagi. Pendek kata, jika salah satu bahagian atau komponen ini rosak atau terdapat sebarang masalah, sesuatu fungsi didalam smartphone kita pasti akan mengalami kerosakan atau bekerja didalam keadaan tidak normal berbanding kebiasaannya.
Motherboard boleh dibaiki sekiranya..
Mungkin ada dikalangan pengguna smartphone yang membaca blog ini sering mendengar kenyataan yang biasa keluar dari kedai-kedai baikpulih smartphone bahawa fon tuan-tuan yang disyaki mengalami kerosakan pada motherboardnya itu sudah tidak dapat dibaiki lagi. Adakah pernyataan tersebut benar?
Pertama, sebenarnya semua kerosakan pada smartphone itu boleh dibaiki. Malahan peratusan untuk sesebuah smartphone itu dapat dibaiki boleh dikatakan sehingga 99% jika juruteknik yang mengendalikan kerosakan tersebut adalah benar-benar seorang juruteknik yang berpengetahuan luas didalam selok belok papan litar smartphone. Ini kerana tidak dapat tidak sesuatu fungsi dan jalur kerja yang terdapat didalam motherboard itu hanya dapat difahami dengan pembacaan schematic & diagram papan litar. Kemahiran seperti ini sudah tentu tidak ada pada juruteknik yang belum berpengalaman.
Kedua, peluang untuk sesebuah smartphone yang mengalami kerosakan pada motherboard itu amat tinggi untuk pulih semula sekiranya pengguna menghantar smartphone mereka di tempat baikpulih yang betul. Ini kerana, jika sesebuah smartphone itu dihantar pada juruteknik yang belum2 menguasai jalur dan cara kerja papan litar smartphone, mereka bukan membaiki bahkan berisiko untuk menambah kerosakan sedia ada.
Tidak hairan jika para pengguna akan mendengar pernyataan seperti “motherboard dia dah rosak tuan, fon ni dah total lost, tak boleh repair dah”. Peluang untuk membaiki semula motherboard smartphone amat tinggi sekiranya ianya dihantar dan dibaiki oleh juruteknik yang benar-benar berkemahiran tinggi. Sekiranya motherboardnya pernah diusik sebelum itu, peratus untuk membaikinya akan berkurangan kerana kebiasannya juruteknik akan mengambil masa untuk menyelesaikan dan memperbetulkan semula kesilapan sedia ada dan yang bertambah setelah disentuh sebelum itu.
Adakah terdapat kes motherboard yang benar-benar total lost? Suka untuk kami kongsikan bagi peranti Apple seperti iPhone & iPad kebarangkalian untuk membaikinya semula masih ada. Ini kerana terdapat langkah terakhir yang boleh dilakukan dengan cara mengalihkan komponen-komponen yang menyimpan data dan maklumat peribadi pengguna pada peranti mereka ke sebuah papan litar yang baru. Dengan syarat, komponen terbesarnya iaitu CPU masih lagi normal kerana CPU pada peranti Apple sudahpun dikunci (encypted). Sekiranya ianya rosak, kebarangkalian untuk pengguna mendapatkan data peribadi mereka akan terkubur dengan serta merta.
Kos yang tak masuk akal!
Seberapa besarkah nilai sebenar bagi kos baikpulih sesebuah smartphone? Benarkah ianya lebih mahal dari sesebuah smartphone itu sendiri? Kenyataan ini jika tidak diperhalusi dengan sedalam-dalamnya akan kedengaran masuk akal. Kebanyakan kedai ataupun pusat servis yang ada di Malaysia ini akan memberikan sebut harga yang tinggi untuk kos baikpulih motherboard. Perkara ini sebenarnya berlaku akibat pusat servis rasmi yang ada di Malaysia ini memberikan sebut harga bagi sebuah motherboard yang baru. Mereka tidaklah membaiki motherboard tersebut sebaliknya menawarkan program penggantian secara fullset bagi sesebuah smartphone yang menghadapi kerosakan motherboard.
Sekiranya motherboard itu benar-benar dibaiki pada bahagian yang rosak sahaja dan bukan digantikan dengan seketul motherboard yang baru, kosnya lebih rendah berbanding harga sebuah layar skrin jenis OLED atau AMOLED yang banyak digunakan pada peranti masa kini.
Dari sudut pandang yang lain pula, kebanyakan pengguna mahu membaiki smartphone mereka yang sudah mengalami kerosakan motherboard ini sebenarnya mahukan data peribadi penting yang ada didalam smartphone mereka. Sudah pasti kosnya boleh dikatakan berpatutan jika kita mengambil kira kos peralatan, kemahiran dan faktor masa yang ditumpukan pada sebuah peranti pada 1 masa.
Kedai repair motherboard iPhone & iPad di Cyberjaya-Putrajaya
Alhamdulillah, kami di BenAbas Gadget mempunyai tenaga juruteknik yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi didalam menganalisis masalah & cara kerja papan litar motherboard smartphone khususnya peranti iPhone & iPad. Justeru kami ingin mewar-warkan diantara permasalahan yang berlaku pada motherboard yang boleh dibaiki dikedai kami adalah seperti berikut :
- No services/No Network/Searching
- Bootloop/Passcode Loop/Suck Apple Logo
- Touch Failure
- Audio Failure
- Display Issue
- Wifi/Bluetooth/Gps Failure
- Charging Failure
- Water Damaged/Shorting
- Tak Boleh On. Nak Buat Data Recovery Fingerprint Failure
- Upgrade Storage
- iTunes Restore Error (Error -1, 4013, 4014, 9, 40 dll)
- Face ID
Tidak hanya itu sahaja, bagi pengguna iPad yang mengalami masalah lupa Apple ID dan mahukan servis unlock supaya ianya dapat digunakan semula, kami juga boleh membaiki semula iPad berkenaan sehingga dapat membuang sistem IDLock itu. Walaubagaimanapun fungsi iPad tersebut mungkin akan sedikit berubah. Penjelasannya dapat diberikan sekiranya tuan-tuan bertanyakan kepada kami secara langsung melalui Whatsapp.
Berapa kos baikpulih motherboard iPhone & iPad?
Berkenaan kos yang diperuntukkan untuk sesebuah motherboard, secara tepatnya kami tidak dapat menjelaskannya disini berikutan setiap permasalahan dan kondisi motherboard tidak sama diantara satu sama lain. Contohnya, bagi kos baikpulih iPhone 7 yang tiba-tiba sahaja mati selepas dicas seharian adalah berbeza dengan sebuah iPhone 7 yang tiba-tiba mati setelah masuk kedalam air. Sudah tentu gerak kerja dan komponen yang rosak itu tidak sama dan memerlukan penelitian yang berbeza.
Faktor perbezaan model dan kapasiti bagi sesebuah iPhone & iPad juga memainkan peranan kos baikpulih itu nanti. Ianya benar-benar memerlukan proses diagnosis yang akan dilakukan di bilik kerja kami kelak. Cuma, kami hanya boleh menyebutkan yang ianya bermula dengan harga serendah RM100 – RM1***.
Perbezaan kos baikpulih itu juga akan bergantung sekiranya pelanggan kami membuat pilihan samada membaiki sehingga dapat hidup sahaja (bagi tujuan data recovery) atau membaiki sehingga kesemua fungsi yang ada pada peranti mereka benar-benar baik seperti sediakala.
Waranti & tempoh masa baikpulih
Adakah BenAbas Gadget akan memberikan waranti bagi setiap iPhone & iPad yang dibaiki itu nanti? Jawapannya YA, setiap peranti akan disertakan waranti bermula dari sebulan sehingga setahun. Perbezaan tempoh waranti ini adalah disebabkan faktor cara penggunaan pelanggan adalah berbeza diantara satu sama lain dan kondisi sebelumnya juga memainkan peranan. Contohnya, iPhone & iPad yang pernah dibaiki selepas dimasuki air amat sensitif jika tidak digunakan dengan betul dan boleh mengakibatkan kerosakannya berulang dikemudian hari jika cara penggunaannya tidak cermat.
Bagi tempoh masa untuk baikpulih motherboard iPhone & iPad pula adalah sepantas 1 hari sehingga 1 bulan. Bagi masalah kecil yang biasa berlaku, kami dapat menyelesaikannya dengan secepat mungkin, adapun bagi kes-kes rumit memerlukan tempoh waktu yang agak lama untuk didiagnosis dan membaikinya kelak. Kami juga memerlukan tempoh tertentu untuk memesan alat ganti dari pihak pembekal.
Sekiranya iPhone & iPad pelanggan kami tidak dapat dibaiki, kami tidak akan mengenakan sebarang caj. Begitu juga jika para pelanggan kami tidak mahu membaikinya setelah siap didiagnosis oleh pihak kami. Walaubagaimanapun, kami mengenakan cas diagnosis sebanyak RM30 kepada pelanggan yang menghantar iPad dan tidak mahu membaikinya setelah siap kami diagnos. Ini kerana berbeza dengan iPhone, proses baikpulih dan pembukaan iPad adalah sedikit rumit dan memerlukan sedikit kos untuk membuka & memasangnya semula.

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?
Buat seluruh warga Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Avenue, Bandar Baru Bangi, Southville City, Cyberjaya, Putrajaya, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih peranti Apple yang diiktiraf Apple.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di 5-1, Jalan Seri Putra 1/10, Bandar Seri Putra 43000 Kajang. Selangor Darul Ehsan. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia