Tips Handphone Masuk Air (Water Damaged)


Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya smartphone anda masuk air

Sepanjang pengalaman BenAbas Gadget berkecimpung didalam bidang Gadget & Smartphone, diantara masalah yang paling besar dan utama dihadapi bagi pengguna smartphone di Malaysia mahupun didunia adalah rosak kerana terkena atau masuk kedalam air (water damaged). Kes water damaged juga termasuk didalam kalangan masalah-masalah kerosakan yang tidak akan dilayan ataupun ditebus di kaunter mana-mana kedai ataupun pusat khidmat pelanggan untuk semua jenama pengeluar smartphone. Lebih mengharukan sekiranya fon tersebut masih lagi berada didalam ruang lingkung perlindungan (waranti). Mahu atau tidak, pemiliknya akan dikenakan cas dengan kadar tertentu sekiranya mahu membaiki dan tetap menggunakan peranti mereka yang sudah rosak akibat terjejas dengan kemasukan air itu tadi.

Dan tidak ramai yang mengetahui bahawa kerosakan alat elektronik setelah masuk ke dalam air ini mampu dielakkan sekiranya para pemiliknya mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil dengan pantas sekiranya kes seperti ini berlaku. Menerusi artikel kali ini kami akan cuba memberikan sedikit tips bagaimana untuk cuba menyelamatkan atau mengurangkan kadar kerosakan yang akan dihadapi oleh mereka yang mengalami situasi ini. Dan berikut adalah diantara tips-tipsnya

1. Segera keluarkan dari air dan leraikan semua part dan komponen.

iPhone Water Damaged

Setiap komponen perlu dileraikan sebelum memulakan proses baikpulih

Sebaik sahaja tersedar yang fon tuan-tuan telahpun masuk tenggelam kedalam air seperti mangkuk jamban, sungai, kolam dan lain-lain, hendaklah diangkat dengan seberapa segera supaya air tidak masuk dengan lebih dalam melalui rongga terbuka yang ada pada setiap fon seperti charging port atau lubang speaker. Jika fon tuan-tuan terdiri dari jenis non built in, hendaklah dicabut terus bateri dan dileraikan setiap komponen dan alatan dalaman fon tersebut. Bila sudah dicabut, lap setiap satunya dengan kain bersih dan kering.

2. Keringkan dengan alat pemanas seperti microwave. Boleh ke?

Alat pengering perlulah bersesuaian dan tidak memudaratkan

Sesudah fon tersebut dileraikan, langkah pertama yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko fon rosak adalah dengan mengeringkan setiap komponen dan perkakasan dalaman yang ada pada fon. Cuma wujud satu persoalan. Bagaimana? Nak guna apa? Kami di BenAbas Gadget pernah ditanya tentang kesesuaian sesebuah fon jika dikeringkan dengan alat pemanas makanan seperti microwave. Adakah ianya boleh dimanfaatkan? Jawapannya tidak kerana gelombang dan suhu panas didalam microwave tersebut akan mengakibatkan musibah yang lebih besar berlaku iaitu letupan dari bateri fon tersebut yang tidak boleh terdedah dengan suhu yang tinggi. Cukup untuk digunakan sahaja hair dryer dengan kuasa yang paling rendah dan jarak yang tidak terlalu dekat dengan komponen terutama motherboard fon.

3. Fon jenis built-in yang tidak boleh dibuka. Macam mana nak buat?

iPhone water damaged

Smartphone harini terdiri dari jenis built in battery

Bagi fon jenis built-in yang tidak boleh dibuka dan dileraikan melainkan dengan kepakaran technician & peralatan khusus, hendaklah dibiarkan sahaja fon tersebut dan jangan cuba untuk menggunakannya. Sekiranya ia masih lagi hidup dan kelihatan normal hendaklah segera dipadamkan kuasanya. Jika fungsi touchscreen pada fon tersebut sudah rosak dimana ianya mengakibatkan tidak boleh ditekan untuk dimatikan kuasanya, biarkan sahaja sehingga fon tersebut terpadam dengan sendirinya. Dan ada juga kes dimana fon yang masuk kedalam air, terus terpadam dan tidak menyala langsung. Nasihat kami, jangan cuba dihidup, dicas fon tersebut kerana dibimbangi ianya akan mengakibatkan litar pintas (short circuit) sekaligus akan meningkatkan lagi kos baikpulih fon tersebut kelak.

4. Cuci dengan teknik dan bahan pencuci yang betul.

iPhone water damaged

Perlu menggunakan bahan cucian yang betul

Fon dah siap buka,lerai dan lap dengan kain bersih? Jika sudah,langkah terakhir yang perlu dilakukan adalah mencuci setiap komponen dan perkakasan dalam fon dengan alat khusus untuk mencuci peralatan elektronik. Tuan-tuan boleh mendapatkan alatan ini dikedai-kedai elektronik berhampiran dengan harga yang berpatutan. Cumanya perlu dipastikan bahawa alatan yang dibeli itu benar-benar bersesuaian dengan gerak kerja yang bakal dilakukan sendiri oleh tuan-tuan keatas fon itu nanti. Adakah cucian ini penting? Ya, ianya adalah langkah yang paling penting dan terbesar didalam kerja membaiki fon yang sudah terkesan dengan air. Oleh sebab itu tidak keterlaluan untuk kami katakan bahawa cucian ini adalah wajib bagi mengelakkan sesuatu peranti itu terkena litar pintas.

5. Fon masuk air dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Kesan water damaged pada sebuah smartphone

Sekiranya tuan-tuan mengalami masalah fon masuk atau rosak setelah terkena,masuk kedalam air dan masih lagi ragu-ragu atau tidak berani untuk mencuba sendiri langkah-langkah yang kami kongsikan disini, tuan-tuan boleh sahaja terus ke pusat servis yang berdekatan dengan kawasan tuan atau singgah terus ke premis perniagaan BenAbas Gadget yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, No 2. Presint 8. Putrajaya dan serahkan sahaja kepada kami yang lebih berpengalaman dan biasa berhadapan dengan masalah sebegini untuk merawat dan membantu tuan-tuan yang terkesan dengan masalah water damaged ini.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

Tips Penjagaan Smartphone

AndroidIOSWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *