Huawei P9 Lite rosak bateri & charging port
Selesai menggantikan set bateri & charging port yang baru untuk fon Huawei P9 Lite milik salah seorang pelanggan setia kami yang datang dari Cyberjaya. Puan Ili yang sebelum ini pernah menghantar fon Vivo V9 masuk air dan Samsung J1 Mini Prime tidak boleh hidup ke premis BenAbas Gadget yang terletak di Fasa 4C, Blok Ca, Presint 8 kembali semula dengan fon lain dan masalah yang lain pula kali ini.
Kali ini, Puan Ili minta kami tengokkan dan baiki apa yang patut untuk fon Huawei P9 Lite beliau yang terpadam setelah terkena air hujan. Seperti biasa, bagi setiap fon yang terjejas dan rosak kerana terkena air akan kami mulakan dengan sesi mencuci setiap komponen dan alat dalaman fon bagi mengelakkan sebarang lintar pintas atau short circuit dikemudian hari.
Tanpa membuang masa, kami terus bongkar dan leraikan setiap komponen alat dalaman fon untuk dicuci setiap satunya dengan cecair khas untuk alatan elektronik yang terdapat di premis kami. Setelah kesemuanya siap dicuci, kami pasangkan semula dan lihat bacaan arus voltage pada motherboard fon tersebut dan kami dapati ianya menunjukkan bacaan yang normal dan masih elok berfungsi jika dihidupkan semula.
Akan tetapi, kami mendapati bateri dan charging port fon ini sudahpun rosak akibat terkesan dengan air yang masuk kedalam fon ini. Ini berikutan walaupun fon dapat dihidupkan, fungsi pengecasan padanya gagal dan tidak dapat berfungsi dengan normal. Setelah Puan Ili setuju untuk baiki, terus kami dapatkan alat ganti yang baru dan akhirnya, fon Huawei P9 Lite milik Puan Ili yang datang dari Cyberjaya ini kembali berjaya dihidupkan semula dengan baik dan berfungsi normal seperti biasa semula.
Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller#