Tak boleh hidup selepas dimasuki air!
Alhamdulillah, BenAbas Gadget telah berjaya menyelesaikan suatu masalah yang terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Apple model iPhone 8Plus milik seorang pelanggan kami yang datang dari Taman Putra Perdana iaitu Encik Khairil.
Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami yang terletak di P3-09, Shaftsbury Square Cyberjaya telah menyerahkan fon tersebut kepada juruteknik kami dan meminta supaya kami dapat memeriksa fon tersebut yang dikatakan mati setelah dimasuki air.
Encik Khairil juga ada menyebut kepada kami yang beliau ada membawa fon tersebut ke kedai lain akan tetapi mereka semua tidak dapat membaikinya berikutan masalah yang dihadapi kemungkinan besar berpunca dari kerosakan logicboard.
Sebaik sahaja mendengar penerangan beliau, kami terus meleraikan setiap komponen yang ada untuk memulakan kerja-kerja pencucian dengan menggunakan cecair khas bagi mencuci komponen elektronik yang dimasuki dan terkena air.
Proses ini tidak dapat tidak mesti dilakukan bagi menangani sebarang permasalahan yang akan muncul pada masa akan datang. Ia juga bertujuan sebagai langkah pencegahan awal bagi sebarang kerosakan yang lebih besar seperti litar pintas yang mudah terjadi keatas peralatan elektronik seperti smartphone yang dimasuki air.
Seusai kami menyiapkan kerja-kerja pencucian, kami terus memeriksa bacaan current pada logicboard bagi mengenalpasti punca kerosakannya dan seperti yang sudah dijangka melalui kondisi fizikal dalamannya, fon ini sudahpun menghadapi kerosakan short circuit atau litar pintas.
Tanpa melengahkan masa, kami segera memaklumkan kepada pemiliknya tentang punca masalah, gerak kerja yang boleh diambil bagi membaikinya semula beserta anggaran kos baikpulih yang diperlukan.
Pemiliknya terus bersetuju setelah mendengar penerangan juruteknik kami dan meminta supaya kami dapat membaikinya semula didalam masa yang singkat kerana amat memerlukan fon tersebut atas urusan kerja seharian yang amat penting.
Setelah mendapat kebenaran untuk membaiki, kami terus melakukan kerja-kerja analisis dan hasilnya kami mendapati punca kerosakannya berlaku di litar Power IC fon itu.
Berbekalkan pengalaman dan alat membaikpulih yang serba lengkap, iPhone 8 Plus milik Encik Khairil itu dapat dihidupkan semula dengan normal sebaik sahaja ianya selesai dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman didalam mengendalikan kes-kes kerosakan logicboard yang sering berlaku keatas iPad & iPhone.

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget
Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?
Buat seluruh warga Cyberjaya, Putrajaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di P3-09, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia. 63000 Cyberjaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia