Baiki Baseband Power IC iPhone 7 – Dengkil

Baiki-iPhone7-Rosak-Baseband-Power-IC-Water-Damaged-Kedai-Repair-Motherboard-iPhone-Baiki-Logicboard-iPhone-Putrajaya-Cyberjaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi-KLIA-Nilai

iPhone mati kena air banjir!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah Smartphone yang berjenama Apple model iPhone 7 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Dengkil iaitu Encik Aqila.

Encik Aqila yang singgah ke premis perniagaan kami menyatakan yang fon beliau tidak dapat dihidupkan selepas tenggelam didalam air banjir pada akhir tahun lepas. Oleh kerana terdapat banyak data penting yang tersimpan didalam fon, maka beliaupun menyerahkan fon tersebut kepada juruteknik kami supaya dapat memeriksa dan membaikinya agar dapat digunakan semula seperti kebiasaannya.

Sebaik sahaja mendapat tahu yang fon tersebut dimasuki air banjir, kami terus meleraikan setiap komponen dan perkakasan utamanya bagi memulakan kerja-kerja pencucian logicboardnya bagi mengelakkan sebarang kejadian short circuit berlaku.

Malangnya, walaupun proses pencucian berjalan dengan baik pada mulanya, kami mendapati ianya sudahpun berada didalam keadaan litar pintas dan memerlukan kerja-kerja microsoldering sekiranya pemiliknya mahu menggunakan fon itu lagi kelak.

Selepas mendengar penerangan kami berupa langkah kerja yang akan diambil beserta anggaran kos baikpulih yang akan dikenakan, beliau terus bersetuju dan meminta supaya kami dapat membaikinya semula dengan secepat mungkin kerana amat memerlukannya bagi urusan seharian yang penting.

Berbekalkan alat kamera pengesan suhu tinggi canggih yang terdapat di premis kami, fon tersebut dapat dihidupkan semula setelah komponen yang rosak pada sirkit PP_LCM_BL_ANODE itu berjaya dikesan dan dibaiki. Akan tetapi, kami mendapati bacaan arus current pada logicboardnya terdapat sedikit kebocoran yang kecil dan hampir pasti tidak dapat dikesan oleh mana-mana juruteknik amatur yang tidak dilengkapi dengan latihan dan peralatan lengkap bagi membaiki logicboard iPhone.

Sekali lagi kami berjaya mengesan punca masalah yang berlaku itu dan kali ini, kami dapat mengesan yang Baseband Power IC juga turut mengalami kerosakan dan memerlukan penggantian supaya network dan talian baseband yang mengawal radio frequency dapat berfungsi semula seperti biasa.

Akhirnya, iPhone 7 milik Encik Aqila dari Dengkil itu berjaya hidup semula dan kesemua fungsi padanya kembali pulih sebaik sahaja siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan logicboard yang sering berlaku pada iPhone dan iPad.

 

Baiki-iPhone7-Rosak-Baseband-Power-IC-Water-Damaged-Kedai-Repair-Motherboard-iPhone-Baiki-Logicboard-iPhone-Putrajaya-Cyberjaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi-KLIA-Nilai

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.

Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.

Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardipad #repairlogicboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia

Updates

iphoneMotherboardRepairWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *