iPhone mati selepas masuk air!
Alhamdulillah, BenAbas Gadget telah berjaya menyelesaikan suatu masalah yang terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Apple model iPhone 8Plus milik seorang pelanggan kami yang dari Presint 8.
Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami telah menyerahkan fon tersebut kepada juruteknik kami dan meminta supaya kami dapat memeriksa dan membaikinya semula.
Ketika diteliti, pemiliknya berkata yang fon tersebut telah mati dan langsung tidak dapat digunakan setelah masuk kedalam air laut. Ianya terus terpadam sebaik sahaja dimasuk air.
Sebaik sahaja mendengar penerangan beliau, kami terus membongkar setiap komponen dan peralatan dalaman fon itu untuk memulakan kerja-kerja pencucian fon yang dimasuki air bagi mencegah sebarang kerosakan yang lebih teruk.
Malangnya, setelah ia siap dicuci, kami mendapati bahawa keadaan sudahpun terlambat dan teruk. Ini kerana hampir keseluruhan komponen yang terdapat pada papan litar logicboard fon tersebut telah rosak dan terkesan dengan air sebelum ini.
Setelah menerangkan kepada pemiliknya berkenaan beberapa pilihan gerak kerja yang akan diambil dan anggaran kosnya, beliau terus bersetuju dan meminta kami supaya dapat membaikinya untuk kembali hidup dan tidak perlu untuk kesemua fungsinya pulih sahaja kerana mahu mendapatkan semula data peribadi yang tersimpan didalam fon berkenaan.
Akhirnya, iPhone 8Plus milik Puan Ameera itu kembali pulih dan dapat diakses ke menu utama bagi mendapatkan data-data peribadinya sebaik sahaja Backlight IC yang menjadi punca kerosakan utama pada fon berkenaan berjaya dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan logicboard yang sering berlaku keatas iPhone & iPad.
Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia