Upgrade Storage iPad 7th A2197 – Putrajaya

Upgrade-Storage-iPad-7-Kedai-Baiki-Motherboard-iPad-Repair-Logicboard-iPad-Cyberjaya-Putrajaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi-KLIA-Nilai

Storage tak cukup besar.

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang terjadi keatas sebuah tablet berjenama Apple model iPad generasi ke 7 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 11 Putrajaya.

Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami yang terletak di P3-09, Shaftsbury Square Cyberjaya telah menyerahkan iPad tersebut dan bertanyakan kepada juruteknik kami sekiranya ada menyediakan khidmat menambah storan dalaman untuk peranti tablet beliau yang diakatakan tidak mencukupi untuk memuatkan dokumen dan file pembelajaran beliau.

Ketika kami meneliti ruangan status storan yang terdapat diruangan setting peranti tersebut, kami mendapati ia sudahpun berada di paras penuh dan tidak lagi mampu untuk menampung dokumen tambahan. Ini menjadikan kerja beliau tergendala dan membuatkan pemiliknya runsing kepala.

Setelah mendengar penjelasan beliau, kami terus memaklumkan kepadanya bahawa kami memang menyediakan khidmat menambah naik ruangan storan kapasiti bagi iPhone dan iPad sahaja dan beliau sememangnya telah menemui orang yang tepat bagi membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi itu.

Pemiliknya terus bersetuju dan meminta kami untuk menyiapkannya dengan kadar sesegera yang mungkin suapaya dapat menggunakan tablet tersebut untuk urusan kerja setelah mendengar penjelasan kami yang berupa gerak kerja yang akan diambil beserta kos yang diperlukan bagi menyiapkannya.

Akhirnya, tablet iPad 7th milik beliau berjaya dinaik taraf kapasiti storannya dari 32GB ke 128GB setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman didalam menambah naik storan dalaman pada iPad & iPhone. Jelas kelihatan diriak wajah pemiliknya yang beliau sangat gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang disediakan oleh kami.

Upgrade-Storage-iPad-7-Kedai-Baiki-Motherboard-iPad-Repair-Logicboard-iPad-Cyberjaya-Putrajaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi-KLIA-Nilai

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget.

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?

Buat seluruh warga Cyberjaya, Putrajaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.

Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di P3-09, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6. 63000 Cyberjaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.

Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia

Updates

ipadMotherboardRepair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *