Tukar Bateri Yes Altitude 4G – Kota Warisan

Yes 4G Altitude asyik bootloop & restart!

https://www.youtube.com/watch?v=hSE92sG2bCk

Selesai baiki fon keluaran Yes 4G iaitu model Yes Altitude yang mengalami masalah kerap bootloop atau bahasa mudahnya ialah ianya gagal untuk masuk ke menu dan kebiasaannya hanya dapat masuk ke logo fon, tetapi akan padam semula dan restart semula secara berulang-ulang.

Encik Hafifi yang datang dari Kota Warisan ini merupakan salah seorang pelanggan setia BenAbas Gadget sejak bertahun lamanya singgah ke premis baru kami di Fasa 4C, Blok CA, Presint 8 Putrajaya dengan membawa sebuah fon dari syarikat telekomunikasi Yes 4G yang lazimnya didapati dan diedarkan secara percuma kepada guru-guru dan penjawat awam.

Beliau minta kami untuk periksa fon beliau yang secara tiba-tiba sahaja terkena penyakit bootloop ini. Kebiasaannya, sesebuah fon itu akan mengalami masalah bootloop atau restart berpunca dari kegagalan dari sistem software atau hardware fon tersebut. Dan kami di BenAbas Gadget mempunyai SOP kami sendiri bilamana berhadapan dengan masalah yang sebegini bagi mengelakkan pengguna dan pelanggan kami mengalami kerugian data peribadi jika terus dikerjakan tanpa sebarang pemeriksaan lanjut.

Hardware malfunction

Setelah kami periksa dengan alat pembekal kuasa kami, kami dapati fon Encik Hafifi boleh dihidupkan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Disitu kami dapat tahu bahawa komponen hardware nya yang mengalami kerosakan.

Yes 4G Altitude Encik Hafifi yang sudah siap dibaiki

Bila kami periksa dengan lebih lanjut, kami berjaya menemukan yang punca kerosakannya adalah baterinya sendiri. Dimana voltagenya ianya sudah berada di bawah paras normal bagi sesebuah bateri fon. Tanpa membuang masa, kami terus terangkan pada Encik Hafifi punca dan kos kerosakan fon beliau dan beliau terus bersetuju dengan kos yang kami tawarkan pada beliau.

Memandangkan ianya adalah fon OEM dari syarikat Yes 4G, maka kesukaran yang dialami oleh pengguna fon ini adalah ketika mana ianya menghadapi kerosakan yang sebegini. Ketiadaan alat ganti dan komponen rasmi menyebabkan sesetengah pengguna fon ini hampa dan tidak dapat menggunakan ianya semula. Tetapi BenAbas Gadget berjaya membaikinya semula dengan menempah khas bateri yang bersesuaian dengan fon ini. Hasilnya setelah siap kami gantikan dengan set bateri yang baru, fon Yes 4G Altitude milik Encik Hafifi dari Kota Warisan berjaya dihidupkan dengan normal semula.

Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller#terer

Artikel Terbaru