Tips Penjagaan Bateri Smartphone – IOS & Android

iPhone

9 Langkah Penjagaan Bateri Smartphone

Jika sebelum ini kami pernah menerbitkan artikel tentang tanda-tanda dan ciri-ciri bagi sesebuah bateri smartphone yang sudah dan mula mengalami kerosakan, hari ini kami akan bercerita pula tentang tips dan cara-cara penjagaan bateri smartphone sehingga ke tahap optimum dan terbaik. Kami menerima banyak panggilan dan pertanyaan samada menerusi peti emel kami, mahupun secara langsung di kedai kami dimana pelanggan kami yang sudah tentu terdiri dari pengguna smartphone tentang kaedah penjagaan bagi memaksimumkan hayat penggunaan bateri pada smartphone mereka.

Tidak keterlaluan juga kami katakan yang hampir 75% dari pelanggan kami tidak mengetahui bahawa sesuatu tindakan dan kebiasaan mereka boleh mendatangkan kerosakan sekaligus memendekkan jangka hayat sesebuah bateri smartphone. Dan apa yang akan kami sampaikan pada entri kali ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri team BenAbas Gadget sepanjang mengendalikan kes-kes bateri smartphone rosak. Dan yang lebih penting adalah ianya adalah hal yang sangat asas yang mungkin menyebabkan sesetengah pengguna smartphone tidak kira samada pengguna IOS atau Android terlepas pandang. Dan berikut adalah diantara tips-tips yang boleh dilakukan buat pengguna smartphone didalam rangka penjagaan sesebuah bateri.

1- Cas penuh sewaktu kali pertama penggunaan

Fully charged

Ingat lagi tak dahulu sewaktu zaman-zaman Nokia, Motorola, Ericcson dan nama-nama besar lain syarikat alat telekomunikasi bermaharajalela? Ketika mula-mula kita beli fon baru dari kedai, pekedai yang bertugas mesti mengingatkan kita untuk cas sehingga 8-10 jam sebelum penggunaan pertama. Ingat kan??? Hari ini, seiring dengan teknologi yang semakin pesat berkembang, smartphone tidak lagi menggunakan bateri yang seperti itu kerana kesemua jenama smartphone sekarang menggunakan bateri jenis Lithium-ion dimana ianya boleh terus digunakan ketika dibawa keluar dari kedai. Apple menerusi laman webnya menulis diantara kelebihan bateri jenis Lithium-ion ini adalah bateri yang ada pada smartphone harini boleh dicas sehingga penuh dengan lebih cepat dan tidak perlu sehingga 8-10 jam kerana dibimbangi langkah tersebut akan membawa kepada masalah overcharged yang akan merosakkan bateri. Namun, jika anda ingin cas juga ketika penggunaan kali pertama, memadai hanya dengan dicukupkan sehingga 100% sahaja.

2- Dilarang overcharging

Kembung akibat overcharged

Berkait dengan tips pertama tadi, tips kedua pula adalah dinasihatkan supaya jangan sekalipun cas bateri sebelum tidur. Dan hanya tutup plug ketika bangkit tidur keesokan harinya. Mungkin terbawa-bawa dengan tabiat lama ketika zaman Nokia dan lain-lain jenama dimana proses pengecasan pada bateri fon sebelum tibanya teknologi Lithium-ion memerlukan masa yang lama dan sempat tidur, langsung dibawa perangai tersebut sehingga ke era Lithium-ion. Lebih parah lagi jika seseorang itu mengecas smartphone mereka menggunakan alat pengecas yang tidak mempunyai sistem auto cut-off yang berfungsi sebagai penutup automatik sekiranya sesebuah bateri itu sudah dicas penuh. Banyak kes-kes bateri kembung yang masuk ke BenAbas Gadget berpunca dari sikap penggunanya yang seperti ini.

3- Jangan guna fon sewaktu dicas

Biarkan bateri dicas dengan aman

Ini adalah tabiat yang sering dilakukan bagi mobile gamers dan mereka yang berminat menonton video melalui fon. Kesan menggunakan fon sewaktu proses pengecasan baik membuat panggilan, bermain game atau menonton video akan menjadikan peratusan bateri untuk penuh dalam kadar waktu yang normal akan menjadi 2 kali ganda. Sekaligus meningkatkan nilai kitaran pengecasan yang akan memberi kesan buruk terhadap bateri smartphone kita. Jadi, dinasihatkan supaya tahan diri kita dalam tempoh waktu yang sebentar sahaja untuk membiarkan proses pengecasan bateri habis dan berlaku dengan sempurna tanpa sebarang gangguan.

4- Cas menggunakan slot pengecas kereta

Banyak buruk dari baiknya

Elok ke tak elok? Menurut Brooke Nelson melalui tulisannya di Readers Digest tabiat mengecas smartphone didalam kereta ini akan membuatkan sesebuah fon itu terdedah dengan kerosakan. Puncanya? kuasa elektrik didalam kereta terutamanya melalui slot pembakar rokok itu membekalkan 10amp secara terus ke bateri fon sedangkan kebanyakan pengecas smartphone hanya menyokong kuasa pengecasan dari 1 hingga 3amp sahaja. Kuasa yang dibekalkan secara tidak stabil itu juga boleh merosakkan bateri komponen dalaman fon, malah lebih parah lagi jika ianya mengakibatkan komponen utama pada sesebuah mainboard seperti yang biasa kami jumpa dikedai kami. Dan golongan yang selalu terkesan dengan kerosakan ini biasanya datang dari mereka yang kerap menggunakan fon didalam kereta seperti pemandu-pemandu Grab dan Mycar dimana mereka memerlukan sokongan berterusan dari GPS dan aplikasi mereka untuk ke sesuatu destinasi.

5- Gunakan kabel dan adaptor original

Pastikan yang ori!

Kabel dan adaptor yang dibekalkan didalam kotak setiap smartphone telah dicipta dengan kadar sokongan kuasa normal dan paling bersesuaian sewaktu proses pengecasan. Ini kerana setiap jurutera syarikat sudah tahu berapa kuasa watt yang diperlukan dan memenuhi kehendak komponen dan perkakasan dalam sesebuah fon. Namun, ada juga yang masih lagi membekalkan adaptor lapuk dan ketinggalan zaman seperti yang dilakukan Apple yang saban tahun hanya membekalkan adaptor berkuasa 5 watt sekaligus menyebabkan fungsi pengecasan pada sesebuah iPhone itu terlalu lama dan memakan masa yang lama jika terus menggunakan adaptor tersebut. Solusinya? Dapatkan sahaja adaptor berkuasa 10 watt ke atas di pengedar sah produk Apple. Pasti pengguna iPhone akan merasakan perubahannya.

6- Pilih casing yang bersesuaian

Jangan salah pilih casing

Ya. Penggunaan casing juga memainkan peranan penting didalam aspek penjagaan bateri. Bahkan BenAbas Gadget secara peribadi berpendapat perlu dibuka penuh atau separuh casing yang digunakan ketika proses pengecasan. Ini kerana suhu sewaktu pengecasan akan meningkat dan memberi sedikit kesan pada bateri yang sedang dicas. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan casing yang melekap secara padat dan tidak mempunyai ruang pengaliran udara yang baik.

Tips selanjutnya adalah lebih kepada cara untuk menjimatkan penggunaan bateri sekaligus mengurangkan kekerapan pengecasan yang akan berlaku pada smartphone kita.

7- Tutup running apps

Running apps di background perlu ditutup untuk penjimatan bateri

Tahukah anda aplikasi-apilikasi yang digunakan seharian itu tidak ditutup dan akan berjalan sepanjang masa di background? Apabila aplikasi tersebut tidak ditutup dengan sempurna, bateri akan bekerja lebih kuat kerana masih ada lagi aplikasi yang tidak ditutup walaupun secara teknikalnya kita tidak lagi menggunakan dan berurusan dengan aplikasi tersebut. Cara untuk memadam aplikasi yang tidak digunakan adalah bagi pengguna Android, anda boleh menekan butang option di bahagian bawah bersebelahan home button dan memangkah kesemua aplikasi yang masih berjalan tersebut. Manakala bagi pengguna IOS anda perlu menekan home button sebanyak 2 kali dan tarik aplikasi tersebut ke atas. Untuk pengguna iPhone X dan iPad Pro ke atas, aplikasi yang tidak digunakan boleh ditutup dengan kaedah swipe dari bawah keatas sehingga kelihatan aplikasi yang tidak digunakan, dan tolak sahaja kesemua mereka ke atas.

8- Tutup fungsi atau features bila tidak digunakan

Tutup jika tidak digunakan

Didalam penggunaan seharian, pasti banyak fungsi-fungsi canggih dan hebat pada fon kita digunakan sehingga kadangkala menyebabkan kita terlepas pandang pada perkara kecil akibat sibuk dengan kerja lain. Diantara fungsi yang kerap digunakan adalah WiFi yang pada dasarnya hanya digunakan ketika berada didalam rumah atau pejabat sahaja. Ketika berada diluar pasti kita dihubungkan dengan fungsi mobile data. Tahukah anda fungsi WiFi scanning yang tidak ditutup itu akan mengakibatkan ianya terus bekerja sekaligus memakan bateri? Begitu juga dengan fungsi bluetooth yang memerlukan ianya ditutup secara manual jika tidak lagi digunakan. Biasakan untuk memastikan dengan betul yang ianya dipadam dahulu supaya penggunaan bateri dapat dijimatkan.

9- Automatic brightness

Nak terangke gelap? Terpulang.

Dizaman smartphone ini, penyebab utama sesebuah bateri itu akan cepat habis adalah melalui skrinnya. Sebagai langkah penjimatan bateri, kami sangat mengesyorkan untuk pengguna smartphone diluar sana untuk menetapkan tetapan automatic brightness pada smartphone anda. Ini sekaligus dapat membantu bateri bekerja dengan tahap minimum disesuatu tempat yang mungkin berbeza sudut pencahayaannya. Namun ianya agak tidak sesuai bagi mereka yang mengalami masalah rabun dan memerlukan kadar pencahayaan yang tinggi disemua tempat. Jika anda seorang yang peka, boleh sahaja untuk terus menggunakan fungsi ini secara manual. Juga sangat digalakkan untuk menggunakan fungsi save mode bagi mengelakkan penggunaan kuasa bateri yang berlebihan pada skrin.

Demikianlah diantara tips-tips dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda seorang yang amat menitikberatkan tentang penjagaan bateri dan smartphone. Kami juga sangat mengalu-alukan pandangan dan perkongsian dari pengalaman anda semua sebagai pengguna smartphone melalui ruangan komen dibawah.

Jika anda ada mempunyai masalah dengan bateri smartphone, atau masalah lain, jangan risau kerana kami di BenAbas Gadget siap sedia untuk membantu anda. Boleh berhubung dengan kami melalui talian whatsapp di link ini atau terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, No 2. Presint 8. Putrajaya.

 

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

 

 

 

Tips Penjagaan Smartphone

AndroidBateriIOS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *