Bateri didalam dunia moden
Peralatan elektronik & bateri tidak dapat dipisahkan. Bahkan ianya sudah digunakan dunia sejak puluhan tahun yang lampau. Hari ini, seiring dengan perkembangan dunia teknologi, bateri juga tidak terkecuali mengalami evolusi dan penambahbaikan sejajar waktu. Meskipun teknologi bateri mengalami perubahan bentuk fizikal dan kecekapan gerak kerja,ianya tetap terdedah dengan risiko kerosakan sekiranya tidak diguna, dijaga dan dirawat dengan cermat.
Tanda2 bateri smartphone yang bermasalah
Sebenarnya terdapat banyak tanda2 dan ciri-ciri yang boleh menjadi indikator sesebuah bateri itu mula dan telah rosak. Hari ini kami akan cuba untuk menyenarai pendek ciri2 yang biasa dan mudah dilihat dengan mata kasar kita.
1-Bateri kembung dari dalam smartphone
Bateri yang sudah rosak akibat overcharged kebiasaannya akan menggelembung dari dalam. Terdapat juga sesetengah kes dimana kesan kembungan itu merosakkan layar skrin smartphone kerana bateri yang kembung itu boleh mengakibatkan layar skrin smartphone anda pecah dan rosak.
2-Smartphone anda tiba2 terpadam walaupun peratus bateri masih lagi banyak
Pernah tak waktu anda sedang syok gunakan smartphone anda, tidak kira gaming atau streaming video tiba-tiba sahaja smartphone anda mati sendiri. Bila diperhatikan, lampu led notificationnya masih lagi menyala.Bertambah parah jika anda menggunakan smartphone jenis “built-in” bateri. Nak cuba restart dengan kaedah buka dan pasang semula bateri pun mati akal . Sebabnya, ini bukan zaman “removable battery” ala2 Nokia dan Sony Ericsson. Bukan semua orang ada tool dan kemahiran nak buka smartphone sendiri.
3-Peratus bateri cepat sangat jatuh dan berubah mendadak bila dicas
Rasa baru je lagi phone kita ni “full charged’. Dan bukan kita guna untuk kerja berat macam main game atau layan movie. Setakat cek Whatsapp dan Facebook je. Itupun kosong je notification nya. Kadang2 je kita membawang dan membebel sorang2 dalam Twitter.Bila peratus bateri dah jatuh macam tu, kita pun cubalah nak cas semula. Lagi sekali benda pelik jadi. Peratus bateri yang tadinya 30,40 lebih terus naik ke 70,80 peratus lebih bila dicucuk dengan kabel.
4-Peratus bateri tak naik2 walau dicas berjam2
Macam2 adaptor dan kabel dah kita guna untuk smartphone kita, habis semua barang roomate dan family kita pinjam sebab nak cas phone. Dari barang ori, sampai yang cap ayam pun kita guna tapi peratus bateri tetap tak naik2. Dan ada juga sesetengah bateri phone yang rosak, ianya akan sangkut di peratus tertentu dan tidak dapat penuh 100%.
5-iPhone atau smartphone anda akan hang di logo, restart /bootloop
Yang kelima dan terakhir ini adalah diantara yang paling kerap BenAbas Gadget jumpa sepanjang pengalaman kami didalam membaiki smartphone di Putrajaya ini. Akibat dari bacaan di internet atau dengar cakap2 orang, ramai user smartphone akan sangka yang phone mereka mengalami kegagalan software. Tanpa fikir panjang dan cuba survey di kedai yang sangat berpengalaman, terus mereka ikutkan sahaja kata jurujual dan teman2 untuk reset atau cuba flash semula firmware phone mereka. Kesudahannya, phone mereka masih lagi didalam keadaan yang sama.Dan yang pasti user akan merasa sangat rugi bukan sahaja pada wang ringgit, tetapi dokumen dan data-data penting yang tersimpan bertahun didalam phone mereka. Oleh itu troubleshooting dari juruteknik berpengalaman sangatlah penting bagi memastikan dengan tepat samada phone tersebut mengalami masalah hardware atau software.
Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat servis & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau klik sahaja link ini untuk lebih mudah
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller
Assalamualaikum,saya nak tanya telefon saye ade semalam ade 53 % bateri lepas pagi esoknya Xde langsung betri,telefon mati,padahal saye tidak buke data,Apa masalah telefon saya? Adkah betru atau rosak di dalam?saya nak tahu…terima kasih
Handphone apa? Dah berapa lama pakai? Pernah repair apa sebelum ini?
assalamualaikum bang redmi 9t saya buat hal lagi aa , die mula2 tak boleh mati , sebab skali dia mati nak hidupkan susah . so satu hari ni time buat assigment tak sedar la cas habis , auto tak hidup 2 hari .tapi ada satu malam ni saya cuba goyang2 charger dekat charger port (masukan charger sambil goyang) pas tu dia hidup gak , kalau nk kata masalah charger port tak mungkinlah sebab lepas dia dh on tu , sy goyang mcmne pun cas dia tetap naik . hah dipendekkan crita masa dia dh naik 2% sy on la try try skali mati . die macam seolah2 kalau saya tekan power button untuk hidupkan trus dia telan 2% tu
Fon kena hantar cek dahulu. Supaya tahu punca kerosakan dan kos baikpulih
Bang saya dah pernah hntr baiki fon saya sbb masalah bile charge die kejap masuk tak masuk, lepas sebulan die jadi balik kenape ye
Hai puan, maaf kerana lewat membalas komen ini. Sila whatspp kami di 013-2644102 untuk pertanyaan lanjut kepada juruteknik kami. Terima kasih.