Repair Vivo V3 Tak Boleh Hidup – Taman Equine Park Seri Kembangan

Repair-Handphone-Vivo-V3-Masuk-Air-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Kajang-Serdang-Puchong

Lampu LED sahaja menyala sewaktu dicaj!

Alhamdulillah. Berjaya menyelesaikan masalah fon Vivo V3 milik Encik Azril yang telah datang dari Taman Equine Park, Seri Kembangan yang tidak dapat dihidupkan. Beliau yang singgah ke premis perniagaan BenAbas Gadget secara bersendirian itu telah menyerahkan fon beliau dan meminta juruteknik kami untuk memeriksa dan membaiki semula fon kesayangan beliau yang tidak dapat dihidupkan itu.

Repair-Handphone-Vivo-V3-Masuk-Air-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Kajang-Serdang-Puchong

Dalam proses baikpulih

Bila kami minta beliau nyatakan kronologi awal yang terjadi pada fon tersebut sebelum mengalami masalah sedemikian Encik Azril menerangkan yang fon tersebut menghadapi masalah setelah masuk terendam kedalam besen yang dipenuhi air. Tambahnya lagi fon tersebut pada mulanya tidak menghadapi sebarang masalah dan masih lagi boleh berfungsi secara normal. Akan tetapi setelah peratusan baterinya menurun, dan terus terpadam akibat ketiadaan kuasa, fon tersebut tidak dapat dihidupkan semula walaupun seudah dicas selama berjam-jam lamanya.

Setelah mendengar penjelasan beliau, kami terus memberitahu langkah-langkah dan pantang larang yang perlu diikuti sekiranya menghadapi masalah fon masuk kedalam air pada waktu akan datang. Dan diantara yang kami jelaskan pada beliau adalah kepentingan mencuci board fon yang dimasuki air supaya tidak terjejas dengan litar pintas (short circuit). Tanpa membuang masa, kami terus membongkar dan membuka setiap komponen peralatan yang terdapat pada fon itu untuk memulakan sesi pembersihan dan cucian board dengan menggunakan cecair khas yang digunakan untuk mencuci peralatan elektronik yang terdapat dikedai kami.

Selesai sahaja mencuci kesemua komponen tersebut, kami memulakan langkah awal troubleshooting dengan memeriksa arus tegangan voltage yang terdapat pada motherboard fon tersebut. Ternyata nasib Encik Azril masih baik. Ini kerana fon beliau menunjukkan bacaan yang normal dan tidak terkesan walaupun pada mulanya tidak dapat dihidupkan kerana terjejas dengan air. Setelah mendapati semua fungsi yang terdapat pada fon tersebut normal dan tidak bermasalah, kami terus memasang semula fon tersebut dan akhirnya Vivo V3 milik Encik Azril yang datang dari Taman Equine Park itu yang pada mulanya tidak dapat dihidupkan setelah dimasuki air kembali hidup normal dan berfungsi seperti biasa semula. Sewaktu melangkah keluar dari kedai kami, jelas kelihatan dari riak wajah beliau yang gembira kerana fon kesayangannya itu sudah kembali pulih hasil kerja BenAbas Gadget.

Repair-Handphone-Vivo-V3-Masuk-Air-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Kajang-Serdang-Puchong

Setelah siap dibaiki

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

Updates

vivoWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *