Repair Samsung J500 Tidak boleh Dicas – Putrajaya

Samsung J500 Cant Charging

Samsung J500 rosak charging port

Selesai menggantikan set charging port yang baru untuk fon Samsung J500 milik Puan Nurun yang datang dari Fasa 7 presint 9. Puan Nurun yang singgah ke premis BenAbas Gadget yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Presint 8 telah meminta kami untuk tolong periksa dan perbaiki apa yang patut untuk fon beliau yang mengalami masalah tidak boleh cas.

Samsung J5 Cant Charge

Dalam proses baikpulih

Beliau juga turut bercerita yang semenjak fon beliau mengalami masalah tersebut, beliau kerap meminjam fon rakan sepejabat beliau yang kebetulan menggunakan fon model yang sama untuk ditumpang baterinya sewaktu proses pengecasan bateri. Kerana tidak tahan, langsung beliau mencari kedai baikpulih fon di Putrajaya dan mendapat berita dari buah mulut rakan sepejabat tentang keberadaan kedai kami.

Bila dapat sahaja fon beliau, terus kami menggunakan alat khas bagi mengukur bacaan voltage bateri fon beliau bagi memeriksa samada ianya masih lagi normal ataupun tidak. Kerana terkadang, bateri yang sudah mula rosak juga akan menyebabkan fungsi charging tidak berfungsi dengan baik dan sempurna. Hasilnya kami mendapati bateri fon Puan Nurun masih lagi berada di tahap normal dan mampu bekerja pada tahap optimum.

Setelah melalui proses penelitian yang mendalam, akhirnya kami menemukan punca sebenar masalah yang berlaku dimana ianya berpunca dari charging port fon itu sendiri yang sudahpun bengkok dan sedikit tercabut dari tapak PCB sekaligus menyebabkan masalah kegagalan proses pengecasan dimana jalur aliran kuasa elektrik tidak mampu berhubung dan mengisi kuasa pada bateri,

Samsung J5 Cant Charge

Setelah siap dibaiki

Setelah Puan Nurun bersetuju untuk kami baiki dan gantikan ianya dengan alat ganti yang baru, terus kami bongkar dan memulakan sesi baikpulih dan hasilnya, fon Samsung J500 milik Puan Nurun yang datang dari Fasa 7 Presint 9 itu kembali menyala dan boleh dicas semula seperti kebiasaannya sebelum ini.

Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

 

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller#

Updates

Charging Portsamsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *