Tak boleh hidup lepas masuk dalam air!
Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah berlaku keatas sebuah smartphone berjenama Oppo model F5 milik seorang penjawat awam yang bertugas di Institut Kanser Negara iaitu Puan Izzati.
Puan Izzati yang singgah ke premis perniagaan BenAbas Gadget sambil ditemani rakan sepejabat beliau telah menyerahkan kepada kami fon tersebut dan meminta kami untuk membaikinya semula kerana menghadapi masalah tidak boleh dihidupkan selepas masuk kedalam air.
Selepas diterangkan kepada beliau tentang langkah kerja yang akan diambil oleh juruteknik kami terhadap fon-fon yang masuk kedalam air, terus kami bongkarkan setiap komponen dan peralatan dalamannya untuk memulakan proses pencucian motherboard dengan menggunakan cecair khusus untuk mencuci peralatan elektronik yang terdapat di kedai kami.
Sambil kami melakukan kerja-kerja pencucian, sempat juga kami ceritakan kepada beliau tentang tips dan gerak kerja yang boleh diikuti sekiranya berdepan dengan masalah fon masuk kedalam air. Ini kerana langkah awal itu sangatlah penting untuk mengelakkan sebarang kes litar pintas dari berlaku ke atas sesebuah motherboard smartphone.
Setelah kesemuanya siap dicuci, kamipun melihat bacaan arus elektrik yang terdapat pada motherboard fon ini. Puan Izzati sangat berasa lega kerana bacaannya menunjukkan fon kesayangan beliau ini masih lega normal dan boleh dihidupkan.
Apabila kami cuba untuk menghidupkannya secara lengkap dengan lcd skrin, jelas kelihatan masalah yang berlaku akibat masuk kedalam air. Ini kerana lcd skrin tersebut tidak mengeluarkan sebarang paparan gambar yang normal sebaliknya hanya garisan hijau dan berbelang-belang. Jelaslah bahawa ianya sudah rosak akibat terejejas dengan air.
Pemilik Oppo F5 ini terus bersetuju untuk menggantikan set lcd skrin yang baru setelah mendengar tawaran istimewa kami sempena bulan Ramadhan dan meminta kami untuk menyiapkannya sesegera yang mungkin kerana sangat memerlukannya untuk urusan kerja seharian yang penting.
Akhirnya, dalam masa lebih kurang 1 jam, Oppo F5 milik Puan Izzati yang datang dari Presint 7 itupun kembali hidup normal dan boleh digunakan semula seperti biasa setelah siap dibaiki dengan kemas oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman luas mengendalikan kes-kes smartphone yang masuk dan rosak akibat terkena air.
Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.
kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#trustedseller