Skrin tak boleh tekan langsung!
Alhamdulillah. Berjaya menyelesaikan masalah yang terkena pada sebuah fon Samsung J530f ataupun lebih dikenali sebagai Samsung J5 Pro didalam pasaran Malaysia yang rosak selepas masuk kedalam takungan air singki. Samsung J5 Pro tersebut adalah milik Puan Syazwani yang datang dari Fasa 4C, Presint 8. Beliau yang hadir ke premis perniagaan kami pada petang semalam, meminta kami untuk tolong periksa dan perbaiki kerosakan yang melanda fon beliau.
Bila kami periksa, kami mendapati bahawa fon tersebut masih lagi menyala dan hidup dengan normal walaupun sudah terendam didalam air. Cumanya, layar skrinnya tidak lagi berfungsi dan memberikan sebarang respon ketika disentuh. Melihat keadaan yang seperti itu, kami meminta izin dari pemiliknya untuk mencuci motherboard fon ini terlebih dahulu sebagai langkah pencegahan sebarang kejadian litar pintas (short circuit) dikemudian hari.
Sesi cucian atau water damaged cleaning services ini merupakan perkara terpenting didalam aspek penjagaan fon yang terkesan atau terkena air. Dan setelah diterangkan kepentingannya, pemiliknya bersetuju untuk biarkan juruteknik kami memulakan sesi baikpulih fon kesayangannya itu. Seperti biasa, perkara pertama yang akan kami lakukan adalah dengan meleraikan setiap komponen dan peralatan dalaman sesebuah fon yang dimasuki air untuk tujuan permbersihan dengan menggunakan cecair khas yang terdapat di premis kami bagi membersihkan komponen-komponen elektronik.
Setelah siap dicuci sepenuhnya kesemua komponen fon tersebut, kami pun cuba untuk menghidupkannya semula dan malangnya walaupun ianya berjaya hidup seperti biasa, namun fungsi layar sentuhnya sudahpun rosak dan terjejas teruk akibat terkena air. Setelah diterangkan akan situasi yang berlaku, Puan Syazwani bersetuju untuk kami gantikan sahaja LCD skrin fon ini dengan set yang baru. Tanpa membuang masa, terus sahaja kami memulakan sesi pemasangan LCD skrin dan ketika kami melakukan ujian kualiti alat ganti yang baru dimana ianya adalah langkah kerja biasa yang kami lakukan sebelum pemasangan akhir bagi setiap alat ganti, kami perasan fungsi mikrofon pada fon ini sudah tiada. Ini kerana ketika ujian voice recording, tiada kedengaran langsung bunyi suara yang keluar sewaktu dimainkan semula.
Sebaik sahaja mengesan kerosakan tersebut, terus kami perhatikan mikrofon nya dan apa yang kami dapati ianya sudah short. Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki juruteknik kami, kami berjaya membaikinya semula sekaligus mengembalikan semula fungsi mikrofon tersebut ke kondisi sebelum ianya terjejas dek air. Akhirnya, dalam masa yang tidak sampai 2 jam, Samsung J530 ataupun Samsung J5 Pro milik Puan Syazwani ini kembali hidup normal dan berfungsi semula dengan baik secara keseluruhannya setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget. Dan sekali lagi, kami berjaya membantu pemilik-pemilik smartphone untuk menggunakan semula fon mereka dengan penuh gembira.

Setelah siap dibaiki
Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller