Repair LCD Skrin Honor 8x – Segamat

Honor 8x Rosak Masuk Air.

Fon tak boleh hidup lepas masuk dalam air!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Honor model 8x milik seorang pelanggan kami yang menetap jauh di Segamat, Johor iaitu Encik Mohamad Qhairul.

Encik Mohamad Qhairul yang menemui kewujudan perkhidmatan repair smartphone yang diusahakan kami semenjak tahun 2015 lagi di ruangan carian Google telah berhubung terus dengan kami melalui aplikasi Whatsapp. Beliau ada bercerita yang fon beliau itu mengalami masalah tidak dapat dihidupkan setelah masuk kedalam air dan telah pergi ke pusat servis Honor yang berdekatan dengan tempat beliau. Malangnya pusat servis disana tidak mahu menerima fon tersebut kerana dikatakan warantinya sudah tidak sah.

Sebaik sahaja membaca post di laman web ini yang kami pernah membaiki sebuah fon yang model dan masalahnya juga sama dengan beliau, terus beliau mengambil keputusan untuk mengirim fon tersebut kepada kami dan meminta kami untuk membaikinya supaya dapat digunakan semula.

Apabila kami menerima kiriman beliau, kami terus membongkar setiap komponen dan peralatan dalaman fon itu untuk memulakan kerja-kerja pencucian yang menggunakan cecair khas bagi menangani sebarang kejadian litar pintas dikemudian hari.

Setelah siap dicuci dan diselenggara, kami melihat bacaan arus voltage yang terdapat pada fon itu dan hasilnya ianya menunjukkan motherboardnya masih lagi berada didalam keadaan yang normal dan tidak mengalami apa-apa masalah. Cuma fon tersebut tidak dapat dihidupkan akibat set lcd skrinnya yang sudah rosak dek kerana dimasuk air tempoh hari. Tanpa berfikir lama, pemiliknya terus bersetuju untuk kami gantikan set lcd skrin yang baru untuk fon itu dan hasilnya, fon Honor 8x milik Encik Mohamad Qhairul yang menetap di Segamat itu kembali hidup normal dan dapat berfungsi dengan baik setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Honor 8x Encik Mohamad Qhairul dari Segamat.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

Updates

HonorLCDDamagedWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *