Repair Honor 8x Masuk Mesin Basuh – Dengkil

Honor 8x Water Damaged.

Tak boleh on lepas masuk air!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Honor model 8x milik seorang pelanggan kami yang datang dari Dengkil iaitu Encik Ahmad Faris.

Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami sambil ditemani ahli keluarga beliau telah menyerahkan kepada kami fon tersebut dan meminta kami untuk membaikinya semula supaya boleh menggunakannya kembali seperti sebelum ini.

Ketika diperiksa, kami mendapati fon beliau berada didalam keadaan tidak boleh dihidupkan. Lantas emiliknya terus bercerita yang fon tersebut gagal dihidupkan setelah masuk kedalam mesin basuh dan sempat habis satu pusingan cucian sebelum beliau menyedari kewujudan fon itu didalam mesin tersebut.

Sebaik saha mendengar penjelasan beliau, kami terus membongkar setiap komponen dan peralatan dalaman yang ada pada fon tersebut untuk memulakan kerja-kerja pencucian motherboard dan komponen lainnya dengan alat cucian khas untuk peralatan elektronik yang terdapat dikedai kami. Ini dilakukan dengan tujuan mencegah sebarang kejadian litar pintas dikemudian hari.

Setelah siap dicuci, kami cuba menghidupkan fon tersebut dengan alat pembekal kuasa yang terdapat dikedai kami, hasilnya kami mendapati motherboardnya masih lagi berfungsi dengan elok dan normal. Sebaik sahaja melihat keadaan tersebut, kami terus memasangkan semula setiap komponen dan perlatan dalamannya untuk mencuba fungsi dan aplikasi lain yang terdapat pada fon itu.

Setelah diuji cuba selama beberapa ketika, pemiliknya berpuas hati dengan hasilnya dan meminta kami memasangkan terus dengan sempurna. Akhirnya fon Honor 8x milik Encik Ahmad Faris dari Dengkil itupun kembali hidup normal dan berfungsi seperti biasa setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang

 

Updates

HonorWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *