Repair Charging Port Samsung T2105 – Putrajaya

Samsung T2105

En. Affendi muncul semula di BenAbas Gadget

Dalam proses baikpulih

Selesai baiki charging port bagi tablet Samsung Tab 3 Kids T2105 milik salah seorang dari pelanggan setia BenAbas Gadget iaitu Encik Affendi dari Presint 8, Putrajaya. Jika dahulu Encik Affendi datang ke premis BenAbas Gadget yang terletak di Fasa 4C, Blok CA Presint dengan membawa tablet T2105 yang mempunyai masalah tidak boleh hidup, kini beliau kembali dengan masalah lain pula iaitu ianya langsung tidak boleh dicas selepas digunakan.

Samsung T2105

Board Samsung T2105 ketika diperiksa

Pada mulanya kami mengesyaki bahawa bateri yang kami jual tempoh hari bermasalah dan kami sudahpun siap sedia untuk menggantikannya dengan set bateri yang lain, tetapi setelah diperiksa dengan bateri lain, tablet Samsung Tab 3 Kids T2105 ini langsung tidak ada sebarang respon ketika dicas. melihat keadaan yang seperti itu, terus juruteknik BenAbas Gadget yang sudah terlatih dan berpengalaman ini bongkar setiap komponen dari motherboard nya pula untuk diperiksa dengan lebih lanjut.

Pin charging port bengkok!

Setelah diamati dan diperiksa dengan lanjut dan mendalam, kami mendapati pin pada charging port nya sudahpun bengkok dan separa patah. Ianya mungkin berpunca dari tersalah cucuk kedudukan kabel sewaktu dalam cubaan untuk mengecas. Jadi ianya menyebabkan kegagalan kuasa untuk dibekalkan ketika proses charging kepada bateri. Tanpa berlengah masa, terus kami laporkan masalah ini kepada tuan punya tablet tentang punca dan kos baikpulih tablet beliau ini. Encik Affendi langsung bersetuju dan minta kami siapkan dengan seberapa pantas yang boleh.

Masalah charging pada Samsung T2105 selesai

Setelah siap kami gantikan dengan charging port yang baru, tablet Samsung Tab 3 Kids T2105 milik beliau yang menetap di Presint 8 kembali boleh dicas semula. Dan tak sampai setengah jam, baterinya mula terisi dengan kuasa dan ianya kembali boleh dihidupkan dan digunakan semula tanpa sebarang masalah.

Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller#terer

 

Updates

Charging Portsamsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *