Repair Bateri Sony Xperia Z4 – Puchong

Sony-Xperia-Z4-Bateri-Cepat-Habis

Bateri padam sendiri walaupun berbaki 90%

Alhamdulillah. Berjaya menyelesaikan masalah handphone yang kerap mati secara tiba-tiba yang melanda keatas fon Sony Xperia Z4 milik Encik Zulfazri yang telah datang dari Bandar Puchong. Encik Zulfazri yang bergegas ke premis perniagaan BenAbas Gadget yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, No 2, Presint 8 Putrajaya selepas habis waktu bekerja telah meminta juruteknik kami untuk menyelesaikan masalah yang telah menimpa fon kesayangan beliau ini.

Sedang kami belek fon tersebut, beliau lantas menerangkan kepada kami yang fon itu selalu sangat terpadam dengan tiba-tiba walaupun peratusan bateri masih banyak dan kadang-kadang mati dengan sendiri walaupun kuasa peratusan bateri masih berbaki 90%. Tambah beliau lagi, yang menjadi masalah sekarang adalah beliau terpaksa kehulu ke hilir sambil ditemani sebuah power bank sebagai langkah berjaga-jaga untuk sebarang keadaan yang berlaku.

Setelah habis mendengar penerangan beliau, kami terus melihat bacaan voltage bateri yang keluar masuk pada alat khas untuk membaca sukatan voltage bateri yang terdapat dikedai kami. Dan seperti yang sudah dijangka, ianya menunjukkan bacaan yang tidak normal bagi sesebuah bateri fon. Oleh kerana masalah yang berpunca dari bateri itulah simptom-simptom aneh seperti terpadam dengan sendiri walaupun masih berkuasa tinggi itu berlaku.

Encik Zulfazri tanpa ragu-ragu lagi terus meminta kami untuk menggantikan set bateri yang baru untuk fon beliau kerana amat memerlukan ia untuk kembali berfungsi normal bagi urusan kerja seharian. Tanpa membuang masa, kami pun memulakan langkah-langkah menggantikan bateri dengan seberapa segera dan dalam masa yang tidak sampai 40 minit, Sony Xperia Z4 milik Encik Zulfazri yang datang dari Puchong itu kembali hidup normal dan berfungsi semula seperti biasa dengan baik.

Sebelum beliau melangkah keluar, kami sempat memberikan beberapa nasihat penjagaan bateri fon beliau kerana kami mendapati aksesori tambahan yang digunakan pada fon tersebut tidak bersesuaian dan memerlukan bateri fon bekerja dengan lebih kuat dimana ianya akan mengakibatkan peratusan bateri turun dengan lebih cepat. Semoga beliau berpuas hati dengan hasil kerja BenAbas Gadget.

Repair-Sony-Xperia-Z4-Putrajaya-Bangi-Cyberjaya-Puchong

Setelah siap digantikan dengan set bateri yang baru

Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

Updates

BateriSony

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *