Repair Bateri Samsung Note 5 – Putrajaya

SM N9208 Battery Damaged

Samsung Note 5 tak boleh hidup!

Selesai menggantikan set bateri yang baru untuk fon Samsung Note 5 N9208 milik Puan Hanis yang datang dari Presint 3. Puan Hanis yang hadir ke premis perniagaan BenAbas Gadget sambil ditemani rakan sepejabat beliau telah meminta kami untuk tolong periksa fon beliau yang mengalami sedikit masalah.

Beliau turut menjelaskan kepada kami yang fon beliau sering sahaja terpadam dan mati sendiri secara tiba-tiba walaupun kadang-kala kandungan peratus bateri masih lagi berada pada tahap separa penuh. Namun bermula hari ini, ianya tidak lagi dapat dihidupkan sehingga ke ruangan menu utama sebaliknya hanya sangkut di logo Samsung dan terus mati semula.

Bila kami periksa, kami dapati bateri fon yang sedang digunakan ini adalah keluaran tahun 2016 dan tidak pernah digantikan langsung sebelum ini. Bagi sesebuah bateri smartphone, hayat usia yang boleh mencecah sehingga 3 tahun adalah 1 pencapaian yang luar biasa sebenarnya kerana kebiasaannya bateri smartphone akan mula bermasalah pada tahun kedua pemakaiannya.

Setelah diperiksa tahun pembuatan, kami ukur pula arus voltage bateri fon ini dan tidak mengejutkan kerana hasil yang diterima sememangnya sudah dijangka. Bacaan voltage bateri fon ini menunjukkan pada paras luar dari tahap normal sesebuah bateri yang masih lagi elok. Setelah diterangkan punca dan kos yang akan dibelanjakan jika Puan Hanis inginkan sebuah bateri baru, terus beliau setuju dengan tawaran BenAbas Gadget dan dalam masa tidak sampai 30 minit, fon Samsung Note 5 N9208 milik beliau kembali hidup normal dan berfungsi semula seperti kebiasaannya.

Samsung Note 5 Battery Damaged

Setelah selesai dibaiki

Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

 

Updates

Baterisamsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *