Asal buka kamera sahaja, fon terus mati!
Alhamdulilah. Berjaya menyelesaikan masalah peratusan bateri yang kerap kehabisan dalam masa yang sangat pendek dan jatuh mendadak dalam jangka masa yang singkat untuk fon Huawei P9 milik Encik Roslan yang telah datang dari Presint 18. Encik Roslan yang datang ke premis perniagaan BenAbas Gadget pada waktu makan tengahari tadi meminta juruteknik kami untuk tolong periksa dan perbaiki semula masalah yang berlaku keatas fon beliau.
Sambil kami mula membongkar fon beliau untuk memulakan siasatan punca kerosakan, beliau sempat bercerita dan menambah yang bateri fon beliau itu kerap sangat jatuh peratusnya dengan cepat. Bahkan lebih parah lagi, aplikasi kamera pada fon tersebut juga tidak dapat digunakan dek kerana ianya akan menyebabkan fon mati dan terpadam jika cuba digunakan. Setelah siap kami bongkar,kami terus mengambil alat pengukur bacaan voltage bateri untuk melihat samada ianya masih lagi normal ataupun tidak.
Seperti yang sudah dijangka, alat sukatan voltage kami menunjukkan bacaan tidak normal bagi sesebuah bateri padanya. Juruteknik kami juga sebenarnya sudah menjangkakan baterinya sudah rosak berdasarkan simptom-simptom aneh yang terjadi sepanjang menggunakan fon tersebut. Setelah diterangkan dengan pasti punca kerosakan, beserta kos yang diperuntukkan untuk menukar set bateri yang baru, Encik Roslan bersetuju dan meminta kami terus tukarkannya dengan kadar sesegera yang mungkin. Dalam masa tidak sampai 30 minit, Huawei P9 milik beliau yang datang dari Presint 18 itupun terus hidup normal dan berfungsi baik seperti biasa semula.
Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller