Tak boleh on secara tiba-tiba!
Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Apple model iPhone 6s milik seorang pelanggan kami yang datang dari Banting iaitu Puan Rokiah.
Puan Rokiah yang singgah ke premis kami sambil ditemani anak-anak beliau telah menyerahkan fon tersebut kepada juruteknik kami dan meminta kami untuk memeriksa fon kesayangan beliau itu yang dikatakan telah mati secara tiba-tiba.
Ketika diperiksa, pemiliknya menyatakan kepada kami bahawa fon tersebut tidak mengalami kejadian dimasuki air atau terhempas dengan kuat. Sebaliknya ia tidak dapat hidup setelah baterinya habis walaupun sudah dicas dengan lama.
Sebaik sahaja mendengar penjelasan beliau, kami terus meleraikan fon tersebut untuk memulakan kerja-kerja mengenalpasti secara asas punca masalah yang sedang berlaku keatas fon tersebut.Dengan berbekalkan alat pembekal kuasa yang terdapat dipremis kami, kami mendapati bacaan papan litar fon ini menunjukkan ianya mengalami masalah litar pintas pada papan induknya yang membawa erti terdapat kebocoran pada salah satu komponen di papan litar.
Hasil penelitian dengan lebih lanjut, juruteknik kami berjaya menemukan punca masalah yang berlaku dimana WIFI IC yang terdapat di atas papan induk fon ini telahpun rosak dan memerlukan penggantian dengan unit baru sekiranya pemiliknya mahu menggunakan fungsi WIFI pada fon ini kelak.
Setelah dimaklumkan kepada pemiliknya, beliau terus bersetuju untuk kami ganti dan baiki semula komponen yang telah rosak dan berbekalkan kemahiran yang dimiliki juruteknik BenAbas Gadget, iPhone 6s milik Puan Rokiah dari Banting itupun kembali hidup dan berfungsi semula seperti biasa setelah siap dibaiki oleh juruteknik kami yang berpengalaman membaiki kes-kes kerosakan yang biasa berlaku kepada motherboard iPhone & iPad.

iPhone 6s Puan Rokiah setelah siap dibaiki BenAbas Gadget
Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardiphone #applemalaysia #iphonemalaysia