Baiki Samsung Note 5 Tak Boleh Hidup – Putrajaya

Samsung NOte 5 Rosak Masuk AIr

Tak menyala lepas masuk air!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Samsung model Note 5 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 15 iaitu Puan Norli.

Puan Norli yang singgah ke premis perniagaan kami bersama anak beliau telah menyerahka fon tersebut kepada juruteknik kami dan meminta supaya kami dapat memeriksa sekaligus membaikinya agar dapat digunakan kembali seperti sebelum ini.

Ketika diperiksa, pemiliknya memberitahu kami yang fon tersebut tidak dapat dihidupkan selepas ianya masuk kedalam air. Tambahnya lagi, walaupun pada mulanya fon tersebut masih hidup selepas masuk kedalam kolam renang ianya terus mati selepas pemiliknya cuba untuk mengecas baterinya.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan beliau, kami terus membongkar dan meleraikan setiap komponen dalaman fon tersebut untuk memulakan kerja-kerja pencucian yang amat penting untuk setiap smartphone yang dimasuki air. Ini dilakukan dengan bertujuan untuk mengelakkan sebarang kejadian litar pintas yang amat mudah terjadi pada peranti yang dimasuki air.

Setelah kesemua peralatan dan komponen fon ini selesai dicuci, kami cuba untuk menghidupkannya dengan alat pembekal kuasa dan ternyata setelah siap dicuci dengan cecair khas untuk mencuci alat elektronik yang terdapat di premis perniagaan kami, motherboardnya menunjukkan bacaan voltage yang normal.

Melihat sahaja keadaan itu, kami terus memasangkan semula setiap komponennya dan fon Samsung Note 5 milik Puan Norli dari Presint 15 itupun kembali hidup dan berfungsi normal seperti biasa setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Handphone Samsung Note 5 Rosak Masuk Dalam Air

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

Updates

samsungWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *