Baiki NAND IC iPad 6th 2018 – Putrajaya

Repair NAND IC iPad 6th

iPad tak boleh on selepas update apps!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah tablet yang berjenama Apple model iPad 6th Gen versi tahun 2018 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 11 iaitu Encik Faez.

Encik Faez yang menemui khidmat baikpulih motherboard iPad dan iPhone menerusi hasil carian di laman web Google telah singgah ke premis perniagaan kami setelah berhubung melalui talian Whatsapp.

Ketika bertemu dengan kami, beliau terus menyerahkan iPad tersebut dan meminta supaya kami dapat memeriksa sekaligus membaiki semula tablet yang digunakan anaknya untuk tujuan pembelajaran dari rumah.

Sewaktu kami memeriksa iPad tersebut, beliau menerangkan kepada kami yang tablet tersebut mati dan tidak dapat dihidupkan terus setelah selesai mengemaskini beberapa aplikasi yang terdapat pada peranti itu.

Tambah memeningkan kepala beliau, ianya dapat dikesan sewaktu dicucuk ke komputer peribadi menerusi splikasi iTunes namun percubaan untuk mengemas kini atau memulihkannya gagal dan sekadar menemui jalan buntu.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan beliau, kami meminta izin beliau untuk meninggalkan iPad itu dikedai dengan tujuan untuk memeriksa dengan lebih lanjut tablet tersebut.

Pemiliknya terus bersetuju dengan cadangan kami sambil berharap supaya kami dapat membaikinya semula agar dapat digunakan lagi oleh anak-anak beliau pada sesi pembelajaran kelak.

Hasil penelitian yang mendalam dan terperinci, juruteknik kami berjaya menemui punca kerosakan yang berlaku pada tablet tersebut dimana cakera keras atau hard disk yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan data dan dokumen itu telahpun rosak sewaktu fungsi update tempohari.

Keadaan ini kerap berlaku pada mana-mana peranti pintar sekiranya proses kemaskini yang dijalankan dengan capaian internet yang tidak stabil.

Malahan, faktor kapasiti storan kecil juga memainkan peranan dimana cakera kerasnya tidak dapat menampung beban yang terlalu besar melalui saiz aplikasi dan data peribadi penting yang terlalu banyak didalamnya.

Setelah menerangkan punca kerosakan dan kos baikpulih pada pemiliknya, beliau bersetuju untuk kami gantikan dengan sebuah hard disk yang baru yang berkapasiti lebih besar dari yang asal supaya kejadian buruk seperti sebelum ini tidak lagi berlaku dimasa akan datang, insyaAllah.

Berbekalkan teknik dan kemahiran tinggi beserta pengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan yang berlaku pada motherboard atau logicboard iPad & iPad, iPad 6th Gen versi 2018 milik Encik Faez berjaya pulih dan berfungsi semula setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

 

Upgrade Storage iPad 6th

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.

Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.

Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardiphone #applemalaysia #iphonemalaysia

Updates

ipadMotherboardRepair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *