Baiki Motherboard iPhone X (Short Circuit) – Putrajaya

Baiki-iPhone -X-Tak-Boleh-On-Kedai-Repair-Motherboard-Baiki-Logicboard-iPhone-X-Putrajaya-Cyberjaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi-KLIA-Nilai

Tak boleh hidup selepas Overcharged!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone Apple model iPhone X milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 3 iaitu Puan Maizatul.

Puan Maizatul yang singgah ke premis perniagaan kami pada waktu rehat tengahari setelah mendapatkan lokasi kedudukan kami melalui perhubungan di panggilan telefon telah menyerahkan fon beliau kepada juruteknik kami dan meminta kami untuk memeriksa fon kesayangan beliau itu yang katanya tidak dapat dihidupkan secara tiba-tiba.

Sebelum memulakan proses troubleshoot asas, kami sempat bertanyakan beberapa soalan kepada beliau supaya proses analisis dapat dilakukan dengan lebih tepat setelah mengetahui keadaan asal fon tersebut sebelum mati secara tiba-tiba.

Puan Maizatul menjelaskan kepada kami yang fon tersebut tidak boleh dihidupkan setelah beliau ada membiarkan fon tersebut didalam keadaan dicas secara berlebihan dan hanya menyedari ianya tidak lagi dapat dihidupkan sewaktu hendak mencabut kabel dari fon tersebut.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, kami terus meleraikan setiap komponen yang ada pada fon tersebut untuk melihat bacaan arus elektrik yang terdapat pada papan litarnya dan seperti yang telah kami jangka, papan litar atau logicboard iPhone X beliau telah mengalami litar pintas.

Sebaik sahaja melihat kejadian itu, kami terus memaklumkan perkara tersebut kepada pemiliknya berkenaan punca fon itu tidak dapat dihidupkan beserta langkah kerja dan kos yang diperlukan bagi membaikpulih semula fon itu agar dapat digunakan kembali seperti sediakala. Tanpa melengahkan masa beliau terus bersetuju dan meminta kami dapat membaikinya secepat mungkin kerana mahu menggunakan fon itu untuk menyelesaikan urusan kerja seharian yang penting.

Berbekalkan kemahiran tinggi dan pengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan logicboard iPhone & iPad, juruteknik BenAbas Gadget berjaya mengesan punca sebenar kerosakan pada logicboard fon ini dimana komponen yang terdapat di jalur VDD Boost yang bertanggungjawab didalam menjana kuasa pada papan litar ini telahpun rosak dan perlu digantikan dengan segera.

Setelah ianya selesai dibaiki, iPhone X Puan Maizatul yang mengalami kerosakan short circuit itupun kembali hidup semula dalam keadaan normal dan baik seperti sediakala. Pemiliknya juga sangat berpuas hati dan gembira kerana kesemua data peribadi yang tersimpan didalam fon tersebut masih lagi kekal dan tidak hilang.

 

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.

Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.

Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardiphone #applemalaysia #iphonemalaysia

 

Updates

iphoneMotherboardRepair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *