iPhone X stuck logo waktu nak delete gambar!
Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Apple model iPhone X milik seorang pelanggan kami yang datang dari Bandar Baru Bangi iaitu Puan Aida.
Beliau yang singgah ke premis kami telah menyerahkan fon tersebut kepada juruteknik kami dan meminta agar kami dapat memeriksa dan membaiki semula fon tersebut yang amat penting untuk digunakan didalam kerja-kerja seharian.
Ketika kami membelek fon itu, kami meminta pemiliknya untuk menerangkan kepada kami jenis permasalahan yang sedang dihadapi beserta kronologi awal sebelum berlakunya kerosakan pada fon tersebut.
Beliau menerangkan kepada kami yang storan dalaman fon itu sudahpun berbaki kira-kira 5gb dari 256gb yang ada pada fon itu. Disebabkan tidak mahu storannya penuh, beliau mengambil keputusan untuk memadam beberapa dokumen dan aplikasi yang pada beliau tidak berapa penting.
Namun sewaktu proses pemadaman itu dijalankan, fon tersebut dikatakan tiba-tiba terpadam dengan sendiri. Ianya hidup semula setelah beberapa detik akan tetapi gagal untuk memasuki sistem menu dan hanya tergantung di logo Apple sahaja.
Sebaik sahaja keadaan itu berlaku, beliau terus membawa fon tersebut ke kedai yang lain dan juruteknik dikedai tersebut menyatakan hard disk pada fon itu sudahpun rosak dan perlu digantikan dengan yang baru. Juga tiada jaminan yang semua data didalam fon akan berjaya diselamatkan.
Selesai mendengar penjelesan beliau, kami meminta izin supaya fon itu dapat ditinggalkan seketika dikedai kami untuk memudahkan kerja-kerja diagnosis dan baikpulih dijalankan dengan lebih teliti dan selamat.
Hasil diagnosis yang terperinci, kami mendapati beberapa komponen disekitar hard disknya sudah longgar dan tidak berada didalam keadaan yang normal. Ini mungkin disebabkan fon tersebut pernah mengalami hentakan atau berada didalam suhu yang tinggi. Ini menyebabkan hard disknya tidak dapat berfungsi dengan baik dan normal.
Situasi ini tidak memerlukan penggantian hard disk yang baru seperti yang dikatakan oleh juruteknik kedai yang pernah dikunjungi pemiliknya sebelum ini. Ianya cuma memerlukan sedikit rework yang tidak mungkin dapat dilakukan melainkan mempunyai alat kelengkapan yang lengkap seperti di premis kami.
Berbekalkan kemahiran dan pengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan pada motherboard atau logicboard iPhone & iPad, juruteknik BenAbas Gadget berjaya membaiki semula iPhone X milik Puan Aida sehingga hidup dan berfungsi normal semula seperti sediakala. Bahkan, kesemua data peribadi yang terdapat pada peranti itu juga masih lagi selamat berada didalam storan dalamannya.
Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia