Baiki iPhone 8Plus Charging Stuck 1%

Repair Motherboard iPhone 8Plus STuck 1% Charging

Fon tak boleh charge selepas tukar lcd skrin!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Apple model iPhone 8Plus milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 8, Putrajaya iaitu Encik Aiman.

Encik Aiman yang singgah ke premis perniagaan kami sambil ditemani rakan beliau telah menyerahkan fon tersebut kepada juruteknik kami sambil menceritakan kepada kami yang fon tersebut mengalami kegagalan untuk mengecas setelah menukar set lcd skrin yang baru di kedai yang lain.

Beliau juga turut menambah sebaik sahaja keadaan itu terjadi, beliau ada menghantar semula kekedai berkenaan untuk tujuan menuntut waranti dan pekedai tersebut telah menggantikan bateri yang baru kerana menyangka ianya adalah disebabkan bateri yang telah rosak.

Akan tetapi sebaliknya berlaku kerana walaupun fon itu dapat dihidupkan, berlaku simptom kerosakan yang lain pula iaitu peratus pengecasan di paparan skrin menunjukkan ianya tetap tergantung dan stuck dikedudukan 1% sahaja walaupun telah dicas sehari semalam.

Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan yang berlaku dek kerana amat memerlukan fon tersebut untuk kegunaan kerja seharian yang penting, beliau telah mencari kedai yang mampu untuk membaiki motherboard iphone dan hasil carian di laman web Google telah membawa ke laman web kami.

Setelah pemiliknya bersetuju untuk meninggalkan fon itu didalam jagaan juruteknik kami, kami terus membongkar dan memulakan kerja-kerja diagnosis pada logicboardnya kerana berdasarkan pengalaman kami, simptom yang berlaku jelas menunjukkan ada kegagalan hardware pada komponen di logicboard yang telah rosak akibat kerja-kerja penggantian lcd skrin yang dilakukan oleh juruteknik kedai yang dikunjungi Encik Aiman sebelum ini.

Sebaik sahaja ianya siap dibongkar, kami berjaya menemukan punca kerosakan yang menyebabkan masalah kegagalan charging sebelum ini. Ianya berpunca dari kecuaian juruteknik yang amat kekurangan pengalaman sebelum ini yang telah merosakkan jalur mosfet yang amat penting untuk jalur pengecasan pada logicboard fon ini.

Tanpa membuang masa, juruteknik kami segera membaikinya semula dan akhirnya, iPhone 8Plus Encik Aiman yang tidak dapat mengecas itu kembali pulih dan berfungsi normal semula sejurus ianya siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman didalam mengendalikan kes-kes kerosakan logicboard dan motherboard yang sering berlaku pada peranti iPhone & iPad.

Repair logicboard iPhone.Baiki motherboard iPhone

Sebaik selesai dibaiki BenAbas Gadget

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.

Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.

Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia

 

Updates

iphoneMotherboardRepair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *