Baiki iPhone 12 Pro Short Circuit – Puchong

Baiki-Motherboard-iPhone-12-Pro-Short-Circuit-Kedai-Baiki-Motherboard-iPhone-Repair-Logicboard-iPhone-Cyberjaya-Putrajaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi

iPhone 12 Pro tiba-tiba mati!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Apple model iPhone 12 Pro milik seorang pelanggan kami yang datang dari Puchong.

Beliau yang hadir ke premis perniagaan kami yang terletak di P3-09 Shaftsbury Square Cyberjaya bersama-sama isteri beliau telah menyerahkan fon tersebut dan meminta jurteknik kami untuk memeriksa dan membaikinya semula.

Ketika diperiksa, beliau ada bercerita kepada kami yang fon tersebut secara tiba-tiba mati ketika ia dicaj. Panik dengan keadaan tersebut, beliau terus mencari kedai untuk membaiki motherboard iPhone yang berdekatan dengannya kerana sudah mengesyaki ada sesuatu yang buruk berlaku kepada fon itu.Dan dari situlah beliau menemui kedai kami ini yang kebetulan tidak terlalu jauh dari kediamannya.

Setelah diperiksa, kami mendapati fon ini mengalami kerosakan pada papan litar atau logicboardnya. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui bacaan alat bacaan current pada logicboardnya yang menunjukkan ada kejadian litar pintas atau short circuit padanya.

Sebaik sahaja berjaya mengesan punca kerosakan, kami terus memaklumkan pada pemiliknya dan beliau lantas bersetuju dengan kos baikpulih yang kami tawarkan dan meminta kami membaikinya semula dengan secepat mungkin kerana amat memerlukannya untuk urusan kerja seharian yang amat penting.

Tanpa membuang masa kami terus memulakan kerja-kerja membaikpulih dan hasilnya, kami berjaya menemukan komponen rosak yang berada di litar PP_VDD_MAIN yang bekerja secara langsung untuk Power Management Unit IC pada peranti ini.

Akhirnya, iPhone 12 Pro milik Encik Amirul dari Puchong itu kembali hidup dan berfungsi normal semula seperti sebelumnya sejurus sahaja ia siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan logicboard yang sering berlaku kepada iPad & iPhone.

Baiki-Motherboard-iPhone-12-Pro-Short-Circuit-Kedai-Baiki-Motherboard-iPhone-Repair-Logicboard-iPhone-Cyberjaya-Putrajaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget.

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?

Buat seluruh warga Cyberjaya, Putrajaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.

Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di P3-09, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6. 63000 Cyberjaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.

Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia

 

 

Updates

iphoneMotherboardRepair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *