Line 4G tak boleh detect!
Alhamdulillah, BenAbas Gadget telah berjaya menyelesaikan suatu kes yang terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Apple model iPhone 11 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Seremban iaitu Puan Halyza.
Beliau yang bekerja di Putrajaya telah singgah ke premis perniagaan kami sewaktu rehat tengahari dan meminta supaya kami memeriksa fon beliau yang dikatakan mempunyai masalah No Service sejak beberapa hari yang lalu.
Ketika diteliti, kami mendapati bahawa fon beliau kerap kehilangan isyarat dari kad sim. Jika isyarat dari telco berjaya muncul dan terpapar di skrin, kami dapat lihat yang ianya tidak dapat dihubungkan dengan isyarat jalur tinggi seperti 3G dan 4G.
Sebaik sahaja melihat kedaan tersebut kami terus memeriksa dengan lebih lanjut dan mendapati nombor imei dan modem firmwarenya masih kelihatan di ruangan about. Ini membuatkan kami mengesyaki bahawa fon tersebut mempunyai masalah di circuit networknya. Cuma kami masih belum dapat meneka dengan pasti apakah ianya datang dari circuit atau ic network yang mengawal signal jalur tinggi seperti 4G / Volte.
Setelah dijelaskan pada pemiliknya yang kami mahukan beliau meninggalkan fon itu di premis kami untuk diganosis yang lebih mendalam, beliau terus bersetuju dan sanggup asalkan ianya kembali pulih dan berfungsi semula seperti sediakala.
Tanpa melengahkan masa, kami terus meleraikan setiap komponen yang terdapat pada fon tersebut untuk memulakan kerja-kerja pencarian punca kerosakan yang berlaku. Berbekalkan peralatan canggih dan khusus untuk membaiki logicboard iPhone & iPad kami berjaya menemukan punca kerosakannya iaitu pada High Band Network IC nya yang sudahpun mengalami litar pintas.
Keadaan ini memerlukan ianya ditukar dengan set ic yang baru sekiranya pemiliknya mahu terus menggunakan fungsi Mobile Data dimasa hadapan. Selepas beliau mendengar penerangan kami yang berupa gerak kerja yang akan diambil beserta kos baikpulih yang akan dikenakan nanti, beliau terus bersetuju dan meminta kami membaikinya segera kerana mahu menggunakannya di waktu Syawal yang bakal berkunjung tidak lama lagi.
Akhirnya, iPhone 11 milik Puan Halyza dari Seremban itu berjaya berfungsi semula sejurus sahaja ianya siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan logicboard yang sering berlaku pada peranti iPhone & iPad.
Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardipad #repairlogicboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia