Ingatkan skrin sahaja yang rosak!
Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu kes yang telah terjadi keatas sebuah tablet yang berjenama Apple model iPad A1893 versi tahun 2018 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Bangi iaitu Encik Firdaus.
Pada tahun 2020 beliau pernah datang ke premis lama kami untuk membaiki skrin iPad yang sama juga. Cuma pada ketika itu, tablet berkenaan cuma mengalami keretakan dan masalah itu selesai sebaik sahaja kami menggantikan set layar sesentuh yang baru.
Kehadiran beliau di premis baru kami yang terletak di aras P3-09 Shaftsbury Square Cyberjaya pada kali ini disertai ahli keluarganya yang lain. Sebaik sahaja tiba, beliau menyerahkan tablet tersebut dan mengatakan bahawa tablet itu mengalami keretakan seperti dulu dan tidak lagi dapat dihidupkan walaupun sudah di caj dalam tempoh yang begitu lama.
Sebaik sahaja melihat kondisi peranti tersebut, kami menjangkakan bahawa set lcd nya juga telah rosak dan perlu digantikan dengan yang baru sekiranya ingin terus menggunakan tablet tersebut.Pemiliknya bersetuju untuk meninggalkan peranti tersebut dikedai kami sementara menunggu kami menempah alat ganti dan memasangnya semula kelak.
Seperti kebiasaan, sewaktu memulakan kerja-kerja membaiki mana-mana peranti, kami akan memulakannya dengan melihat dan menganalisis bacaan current pada mesin pembekal kuasa yang terdapat di kedai kami dan setelah diteliti kami mendapati bahawa punca sebenar tablet ini tidak dapat dihidupkan adalah bukan kerana lcd skrinnya yang rosak akan tetapi terdapat kebocoran atau litar pintas di papan litarnya.
Setelah dimaklumkan kepada pemiliknya berkenaan hal ini yang berupa langkah kerja dan kos baikpulih yang diperlukan, beliau terus bersetuju dan berharap supaya kami dapat menyiapkannya dengan sesegera yang mungkin.
Akhirnya, iPad 6 versi 2018 milik Encik Firdaus dari Bangi itu kembali hidup dan berfungsi normal semula setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan logicboard yang sering berlaku pada iPad & iPhone.
Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?
Buat seluruh warga Cyberjaya, Putrajaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di P3-09, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6. 63000 Cyberjaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia