Baiki Charging IC iPhone 7 Plus – Putrajaya

Repair Logicboard iPhone 7 Plus Malaysia

iPhone mati selepas guna sambil charging!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu kes kerosakan yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Apple model iPhone 7 Plus milik seorang pelanggan kami yang datang dari Putrajaya iaitu Encik Azuan.

Encik Azman yang menemui kewujudan premis perniagaan kami yang menjalankan khdimat baikpulih logicboard iPhone telah segera berhubung melalui talian Whatsapp untuk bertanyakan lokasi kerana mahu segera mendapatkan khidmat kami bagi membaiki semula fon beliau yang dikatakan tidak hidup secara tiba-tiba.

Sebaik sahaja menerima fon beliau yang bermasalah itu, kami terus memulakan proses troubleshoot asas bagi mengenal pasti punca kerosakan yang sedang dialami. Setelah diselidik dengan alat pembekal kuasa, kami mendapati fon beliau berada didalam keadaan litar pintas.

Disebabkan itulah fon tersebut mati ketika pemiliknya sedang menggunakannya sambil mengecas. Kejadian seumpama ini kerap berlaku disebabkan pemilik fon selalunya menggunakan kabel dan adaptor yang tidak asli. Bahkan lebih malang lagi, kebiasaannya kabel2 yang tidak asli ini tidak mendapat perakuan badan berkewajipan seperti SIRIM dan Apple sendiri yang turut mengeluarkan sijil perakuan kualiti bagi setiap syarikat yang ingin mengeluarkan kabel dan adaptor bagi iPhone & iPad.

Melihat keadaan yang sedemikian, kami terus meleraikan setiap komponen yang terdapat pada fon tersebut untuk mencari punca kerosakan yang terdapat pada papan litar atau logicboardnya. Berbekalkan alat baikpulih yang lengkap lagi moden, seperti mikroskop dan kamera pengimbas suhu bagi peralatan elektronik, kami berjaya menemukan punca kerosakan yang berlaku iaitu pada komponen penting yang mengawal punca dan aliran pengecasan iaitu IC Chargingnya yang sudahpun rosak dan short.

Setelah kami maklumkan pada pemiliknya, beliau bersetuju dengan penerangan kami yang berupa kos baikpulih beserta langkah kerja yang akan diambil dan meminta supaya kami dapat membaikinya semula dalam keadaan yang secepat mungkin kerana amat memerlukannya bagi menyelesaikan kerja harian yang sangat penting.

Tanpa membuang masa, juruteknik kami segera membaikinya semula dan akhirnya, iPhone 7Plus Encik Azuan yang tidak dapat hidup itu kembali pulih dan berfungsi normal semula sejurus ianya siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan logicboard dan motherboard yang sering berlaku pada peranti iPhone & iPad.

Video dibawah adalah ringkasan bagaimana juruteknik kami membaiki iPhone ini

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.

Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.

Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardipad #repairlogicboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia

Updates

iphoneMotherboardRepair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *