Repair Xiaomi Redmi 4x tak boleh hidup
Selesai baiki fon Xiaomi Redmi 4x milik Pn. Imelia Mawar dari Presint 17, Putrajaya. Pada mulanya beliau hanya berhubung dengan kami melalui Facebook BenAbas Gadget dan bertanya sekiranya kami boleh membaiki handphone Xiaomi Redmi 4x yang mati dan tidak boleh hidupkan secara tiba-tiba. Bila kami terangkan yang kami boleh baiki fon beliau tetapi perlu periksa dahulu fon tersebut, terus beliau singgah ke kedai kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA Presint 8.
Bila kami periksa, kami dapati kedaan dalaman fon beliau sudah ditakungi lopak2 air pada bahagian motherboard nya. Pn Imelia terkejut dan tak sangka bahawa air teh beliau yang tertumpah pada handphone tempoh hari boleh menyebabkan fon nya mati kerana pada sangkaannya jika sudah dikeringkan pada permukaan luar, air tidak dapat menembusi fon jenis bateri built in ini.
Servis water damaged
Diantara salah satu jenis perkhidmatan yang disediakan di kedai kami adalah khidmat cucian fon yang sudah dimasuki dan terkesan dengan air. Setelah kami tahu fon ini sudahpun dimasuki air, terus kami leraikan fon beliau satu persatu dan tanggalkan kesemuanya bahagian dan komponen yang ada untuk tujuan cucian. Selesai sahaja kami cuci dengan cecair khas untuk mencuci motherboard, kami pasangkan semula dan cuba sambungkan motherboard beliau dengan alat power supply kami.
Skrin tak boleh tekan la pulakkkkk
Xiaomi Redmi 4x Pn. Imelia yang sudah siap dicuci tadi berjaya dihidupkan kembali malangnya, lcd beliau sudahpun rosak dan terkesan dengan air yang tumpah. Walaupun hidup , fon ini tidak dapat digunakan dengan baik kerana fungsi touchscreennya yang gagal berfungsi. Oleh kerana model ini termasuk didalam kalangan jenis fullset lcd, beliau perlu menukar 1set lcd jjika mahu terus menggunakannya. Bila sahaja dengar kos dan tempoh waranti yang kami tawarkan, Pn. Imelia Mawar terus setuju untuk gantikan lcd yang baru.
Akhirnya, Xiaomi Redmi 4x yang pada mulanya tidak boleh hidup, disentuh akibat dimasuki air itu tadi berjaya hidup normal dan berfungsi dengan baik sekali setelah kami gantikan dengan set lcd yang baru. Moga Pn. Imelia Mawar kembali ceria dengan fon nya yang kembali sembuh.
Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Nak repair smartphone? Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller#terer