Faktor-faktor penyebab smartphone menjadi lembab
Pernah tak sewaktu kalian semua sedang menggunakan smartphone masing-masing yang mahal tu, tiba-tiba sahaja ada masalah yang berlaku. Iaitu fon kalian tidak lagi dapat disentuh dengan lancar?Akses ke galeri album tidak lagi dapat dibuka samada untuk membuka, menyimpan atau menghantar gambar & video? Atau mungkin lebih parah lagi fon kita akan hang atau sangkut sepanjang masa di sesuatu aplikasi atau kerja?
Bila masalah hang dan sangkut itu selesai, tau-tau sahaja kerja dan data yang cuba diakses atau disiman tadi hilang begitu sahaja. Mesti pernah jadi kan? Dan masalah ini selalu dan sangat biasa terjadi pada smartphone yang menggunakan sistem operasi Android. Nak tahu sebab apa? Berikut kami kongsikan beberapa punca yang dilihat menyumbang kepada masalah yang sering terjadi tersebut
1- Internal Storage sudah penuh
Perkara yang jarang dititikberatkan oleh pembeli smartphone adalah ruangan simpanan memori dalaman sesebuah fon. Berdasarkan pengalaman kami di BenAbas Gadget, ramai pelanggan kami yang menghadapi masalah ini mengadu yang ketika mereka membeli fon, jurujual di kebanyakan kedai akan mengatakan ruangan simpanan dalaman fon yang dibeli itu besar dan boleh menyokong sehingga 64GB ke 128GB. Sedangkan maksud sebenar nya adalah saiz kad memori yang boleh ditampung fon tersebut. Bagi pembeli yang celik IT, sudah semestinya tidak akan tertipu dengan mainan istilah penjual yang tidak jujur ini. Dan bagaimana pula dengan mereka yang tidak mengetahui perkara ni seperti mereka yang sudah veteran? Pasti ianya akan menjadi masalah besar kelak.
Jika anda berhadapan dengan situasi ini, jangan panik kerana ianya masih lagi boleh diselesaikan dengan cara yang berikut : Pindahkan seberapa banyak data peribadi berupa gambar, video dan nota-nota ke cakera penyimpan memori luaran (External Hard Disk) atau ke komputer peribadi anda. Ini kerana, tidak dapat dinafikan yang saiz gambar dan video berdefinisi tinggi simpanan kita pasti sangat memerlukan ruangan simpanan yang besar untuk menampungnya. Langkah penjimatan ruangan simpanan memori juga boleh dilakukan dengan bijak sekiranya kita tidak menetapkan auto download ke galeri gambar bagi setiap gambar,video,lagu yang dihantar ke aplikasi media sosial kita seperti Whatsapp, Telegram dan lain-lain.
2. Tidak menutup running apps di background
Tahukah anda sekiranya kita tidak menutup dengan sempurna aplikasi yang sudah tidak digunakan, ianya akan menyebabkan ruangan akses memori (RAM) bekerja dengan lebih kuat sekaligus menyebabkan fon kita akan menjadi sedikit perlahan dan terkadang hang? Ini kerana saiz storan akses memori pada setiap fon mempunyai had dan jika kita terlampau membuka banyak aplikasi-aplikasi dengan tujuan multitasking, ianya akan memberi sedikit kesan buruk terutama pada akses memori yang berkapasiti kecil.
Cara untuk mengelakkan perkara ini terjadi adalah tuan-tuan boleh membuang atau menutup mana-mana aplikasi yang sudah tidak lagi digunakan ada satu-satu masa. Ianya boleh dilakukan dengan menekan butang option yang terletak bersebelahan home button, dan tekan sahaja pangkah pada kesemua aplikasi yang tidak lagi digunakan pada masa itu. Ada juga sebahagian pengeluar seperti Oppo meletakkan fungsi ini di bahagian notifikasi yang memerlukan penggunanya menarik ianya kebawah dan menekan butang end all dengan tujuan penutupan semua aplikasi yang masih lagi berjalan di background sesebuah fon. Mudah bukan?
3. Tidak membuang sampah/cache di dalam folder setiap aplikasi
Diantara kelebihan smartphone yang menggunakan sistem operasi Android adalah penggunanya bebas untuk mengakses setiap folder aplikasi yang sudah diinstall dengan tujuan melakukan ubahsuai dan penetapan yang mungkin berbeza bagi setiap pengguna. Dan ianya juga mungkin menjadi satu keburukan bagi peranti Android juga dimana, sampah atau cache yang ada didalam folder aplikasi tersebut akan kekal dan tidak dibuang dengan habis sekiranya ianya tidak diusik oleh pemilik fon tersebut. Dan apa yang lebih memburukkan keadaan adalah folder aplikasi yang sudah dibuang atau uninstall dari fon juga tidak akan dibuang dan kekal sahaja didalam ruangan memori dalaman.
Sampah-sampah berikut akan memenuhi ruangan dalaman fon sekaligus menyebabkan ianya sedikit berat dan tidak lagi mampu untuk bekerja dengan lebih baik seperti ketika hari pertama ianya dikeluarkan dari kotak. Apa yang boleh dilakukan oleh pengguna yang ingin membersihkan sampah ini adalah dengan masuk ke ruangan tetapan, dan cari pengurus aplikasi (application manager) masuk ke aplikasi yang diingini, dan tekan clear cache. Begitu juga sekiranya anda ingin membuang folder aplikasi yang sudah diuniinstall yang masih lagi tersimpan didalam fon, tekan sahaja nama atau folder aplikasi tersebut dan tekan buang (delete). Ianya sedikit sebanyak akan mengurangkan beban yang dihadapi oleh RAM dan memori dalaman fon andas ekaligus membantu prestasi fon untuk bekerja dengan lebih cekap.
4. Wujudnya virus didalam fon!
Menurut laporan di Statisca.com, pada Disember 2018 telah direkodkan jumlah aplikasi di Google Play adalah sebanyak 2.6 juta! Banyak kan? Dan didalam jutaan aplikasi tersebut sudah tentu terpecah kepada dua kategori iaitu berbayar atau percuma. Bagi aplikasi yang percuma, pembangun aplikasi tersebut sudah tentu memerlukan dana bagi meneruskan update dan pembinaan aplikasi yang lain pula. Dan diantara cara pembangun-pembangun aplikasi yang percuma ini adalah menerusi slot iklan yang kadang-kala akan pop up diruangan skrin kita. Dan terkadang ada juga dikalangan pengguna smartphone yang melayari internet menerusi browser seperti Google Chrome akan dengan tidak sengaja tertekan butang-butang yang membawa maksud arahan tertentu dilayar skrin. Dalam tidak sedar, butang-butang tersebut adalah berisiko untuk mempunyai virus seperti adware yang akan menyebabkan kesan buruk pada prestasi fon kita.
Jika ada dikalangan sahabat-sahabat BenAbas Gadget yang sudah terkena dan menghadapi masalah seperti yang dinyatakan berikut, kami mencadangkan supaya anda ingat kembali aplikasi apakah yang diinstall sebelum permasalahan tersebut terjadi? Jika masih ingat dan pasti, solusinya adalah uninstall sahaja aplikasi tersebut dan cuba cari aplikasi alternatif yang serupa dan sesuai dengan keperluan kerja kita. Jika tidak ingat atau masalah tersebut masih lagi berulang, tidak ada cara lain melainkan hanya dengan proses hard reset atau format. Suka untuk kami ingatkan supaya pemilik smartphone yang ingin melakukan reset semula fon mereka untuk backup terlebih dahulu data-data peribadi yang penting seperti emel,password, gambar, nota dan lain-lain.
5. Jangan terburu-buru update aplikasi dan OS
Seringkali kedengaran bahawa dengan mengupdate aplikasi dan OS secara kerap akan menyebabkan prestasi fon kita meningkat dan bekerja dengan lebih cemerlang. Samada dari kelajuan atau kecekapan bahkan penjimatan dan penambah keupayaan sesebuah bateri itu bekerja juga sering dikatakan akan meningkat bagi setiap pembangun dan pengeluar smartphone. Berbeza dengan BenAbas Gadget, kami lebih senang dan yakin untuk memilih pendapat kedua yang mungkin tidak popular dikalangan pengguna smartphone.
Jangan update aplikasi atau OS anda secara terburu-buru sekiranya keluar versi terbaharu dari pembangun. Ya, percayalah nasihat kami ini jika sayangkan fon mahal anda. Kenapa? Ini kerana berdasarkan pengalaman sebenar kami sebagai pengguna smartphone, setiap update itu akan menyebabkan ruangan storan dalaman fon anda semakin mengecil dan terhad. Ini kerana saiz yang diperlukan untuk aplikasi atau OS versi baru tidaklah kecil. Selain itu, terkadang update juga akan menyebabkan fon kita berfungsi dengan bermasalah. Cuba sesekali tuan-tuan masuk kemana-mana forum atau ruangan review aplikasi di Google Play Store pasti akan kelihatan banyak aduan tentang masalah yang dihadapi setelah proses update dilakukan. Diantaranya adalah menjadikan fon bekerja dengan sangat berat dan perlahan, prestasi bateri menurun, dan kadang kala network juga boleh terganggu. Soalan kami sekiranya setiap update itu akan menjadikan fon tuan-tuan semakin bagus dan bertahan lama, bagaimana syarikat-syarikat pengeluar smartphone ini mahu berniaga dan mengeluarkan model lain yang lebih baru pula?
Namun, kami tidaklah menghalang tuan-tuan yang berpegang dengan pendapat setiap update akan menjadikan fon kita lebih bagus. Jikalau tuan-tuan masih juga ingin update, silakan baca dan rujuk dulu ruangan review, komen-komen pengguna di grup-grup media sosial, atau tonton sahaja ulasan dari pengulas dunia smartphone yag banyak bertebaran di ruangan Youtube. Bagi sesi update OS, kami menyarankan supaya tuan-tuan lihat adakah versi update terkini dari pembangun itu sudah ditahap stabil atau masih lagi didalam mode percubaan (Beta). Sekiranya sudah dilancarkan versi stabil, barulah diupdate OS tersebut kerana versi cubaan sebenarnya lebih bermasalah dari yang dikatakan stabil secara rasmi.
Ada juga ramai dikalangan pelanggan kami yang mengadu bahawa mereka tak tekan update pun akan tetapi fon mereka akan melakukan proses update secara automatik pada setiap versi yang dilancarkan. Masalah ini sebenarnya boleh diselesaikan sekiranya tuan-tuan melakukan sedikit ubahsuai pada tetapan update aplikasi atau OS dengan menekan butan “do not automatically update“. Setelah ditetapkan begitu, fon tuan-tuan tidak lagi akan mengalami masalah tersebut.
6. Semua langkah dah buat, tapi fon masih lagi sama!
Sekiranya semua langkah dan saranan yang kami berikan diatas sudah diikuti dan dibuat, tetapi fon masih lagi sama, kami menyarankan tuan-tuan menggunakan ruangan simpanan atas talian seperti Google Drive, Dropbox dan lain-lain. Ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan ruangan simpanan dalaman fon tuan-tuan sekaligus melancarkan prestasinya semasa digunakan. Apapun, jangka hayat ideal bagi sesebuah smartphone adalah sekitar 2-3 tahun sahaja dan selepas itu pasti akan ada masalah susulan yang akan menimpa kerana hardware sedia ada tidak lagi mampu menampung dan bekerja untuk sistem software yang lebih maju dari tahun ke tahun.
Solusinya? Tidak lain dan tidak bukan datang sahaja ke BenAbas Gadget untuk mendapatkan set smartphone baru yang lebih berkualiti dan sesuai dengan bajet dan cara penggunaan seharian tuan-tuan. Selain dari khidmat baikpulih smartphone, kami di BenAbas Gadget, juga menyediakan khidmat jualan fon yang baru dan terpakai yang menjalankan sistem operasi IOS & Android. Kenapa perlu beli dari kami? Kerana kami akan mengesyorkan kepada tuan-tuan fon baru berdasarkan pengalaman kami membaik pulih sesebuah fon.
Nak tahu smartphone apa yang selalu rosak dan bermasalah?
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan terus link ini bagi bertanyakan soalan atau khidmat nasihat secara percuma dari staff kami.
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller
hai saya naktanya kenapa phone batri saya makan kuat , kadangtu saya takmain sangat pon batri still kurang sejak sejak laa nie . dulu takdak pulak jadi macamtu . batri problem ka macam mana ya ? satu lagi , kalau nak tutup background apps yang still berjalan tu camna ya ? kalau untuk oppo a5 2020 punya
Waranti masih ada? Sila bawa fon ke pusat servis Oppo berdekatan dan claim waranti pada mereka kerana bateri tu mungkin bermasalah. Cara untuk tutup running apps adalah dengan tekan butang option di sebelah home button dan clearkan semua apps yang keluar disitu.
Hai nk Tanya….kenapa fon saya selalu tiba2 freeze….forced restart dh selalu tapi still freeze after 5-10 minit use
Boleh tuan ceritakan kepada kami dengan lebih lanjut menerusi talian Whatsapp kami di 0132644102? Nanti staff kami akan cuba bantu tuan. Terima kasih.