Fon tak boleh hidup lepas masuk air!
Alhamdulillah. BenAbas Gadget telah berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Xiaomi model Mi A1 milik seorang pelanggan kami yang menetap di Setia Alam iaitu Encik Helmi.
Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami setelah pulang dari pejabatnya yang terletak di Cyberjaya telah menyerahkan fon tersebut dan meminta kami untuk memeriksa dan membaikinya semula.
Masalah yang dihadapi beliau adalah fon tersebut tidak dapat dihidupkan setelah ianya terkena air hujan. Ini terjadi ketika pulang dari pejabat baru-baru ini dan beliau yang hanya menunggang motosikal tidak dapat mengelak dari tempias air hujan yang masuk dan membasahi ruangan poket yang terdapat fon kesayangannya itu.
Sebaik sahaja mendengar penerangan beliau, terus kami bongkar dan asingkan satu persatu setiap komponen dan peralatan dalaman yang terdapat pada fon itu untuk memulakan kerja-kerja pencucian dan baikpulih dengan menggunakan peralatan khas untuk membaiki fon yang terkena air yang terdapat di premis kami.
Sambil kami bekerja, beliau juga turut bercerita yang sebelum ini beliau ada menghantar fon tersebut ke kedai yang berdekatan dengan kawasan perumahan beliau. Juruteknik dikedai tersebut terus mengatakan ianya berpunca dari masalah lcd dan perlu menggantikannya dengan sebuah lcd skrin yang baru jika mahu menghidupkan fon itu semula.
Selesai sahaja siap diservis, kami mencuba menghidupkan kembali fon tersebut dengan menggunakan alat pembekal kuasa khas dan hasilnya kami mendapati motherboardnya masih lagi berada didalam keadaan normal dan boleh hidup tanpa sebarang masalah. Tanpa membuang masa terus kami pasangkan semula untuk melakukan ujian lain bagi menentukan setiap komponen dan fungsi pada fon itu tidak mempunyai sebarang masalah.
Akhirnya, tidak sampai 40 minit, fon Xiaomi Mi A1 milik Encik Helmi itu kembali hidup normal semula setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget. Sebelum beliau melangkah keluar untuk pulang sempat juga kami kongsikan padanya beberapa tips persediaan dan tindakan tepat sekiranya berdepan dengan masalah fon dimasuki air lagi dimasa hadapan.
Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget