Touchscreen bergerak-gerak sendiri!
Alhamdulillah. Berjaya menyelesaikan masalah sebuah fon yang tidak dapat digunakan dengan normal dan sempurna. Ini kerana fon tersebut berhadapan dengan sedikit kesukaran sewaktu ingin disentuh layar skrinnya. Masalah ini telah terjadi keatas fon Samsung J2 Prime milik Encik Khairul yang meneteap di Presint 18.
Encik Khairul yang singgah ke premis perniagaan BenAbas Gadget yang terletak di Fasa 4C Blok CA Presint 8 telah menyerahkan kepada kami fon beliau dan meminta juruteknik kami untuk membaiki kerosakan yang telah berlaku keatas fon kesayangan beliau itu. Bila kami tanyakan permasalahan apa yang dihadapi oleh beliau sehingga mahukan khdimat kami untuk membaiki semula fon tersebut terus beliau jelaskan yang ianya berpunca dari layar skrinnya.
Beliau juga menambah yang pada mulanya punca masalah berlaku pada sudut bawah di belah kanan fon itu sahaja. Namun lama-kelamaan hampir sebaris di bahagian bawah layar skrin tersebut tidak lagi dapat disentuh dan memberikan apa-apa respon ketika disentuh. Lebih parah lagi, layar skrinnya mula bergerak dengan sendiri tanpa disentuh dan mengakibatkan beberapa masalah yang berlaku secara tidak sengaja.
Setelah kami habis mendengar penerangan beliau, terus kami katakan yang ianya datang dari layar sentuh fon itu yang telah mengalami kerosakan yang mungkin berpunca dari kesan hentakan atau terjatuh sewaktu digunakan. Encik Khairul terus sahaja bersetuju dengan kos baikpulih istimewa yang kami tawarkan dan tanpa membuang masa terus kami bongkarkan fon tersebut untuk memulakan sesi penggantian layar sentuh yang baru. Akhirnya dalam masa yang tidak sampai satu jam, fon Samsung J2 Prime milik Encik Khairul yang datang dari Presint 18 itu telah kembali hidup normal dan berfungsi seperti biasa semula tanpa ada sebarang masalah.
Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller
Your e-mail address will not be published required fields are marked