Sony Xperia Z mengalami kerosakan simkad slot
Selesai menggantikan slot simkad yang baru untuk fon Sony Xperia Z milik Puan Nurul yang menetap di Presint 9, Putrajaya. Puan Nurul yang datang ke premis perniagaan BenAbas Gadget yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Presint 8 telah meminta kami untuk tolong tengokkan fon beliau yang mengalami masalah ketiadaan network berikutan simkad tidak dapat dibaca.
Bila beliau serahkan sahaja fonnya kepada kami, terus kami bongkar setiap komponen dalaman untuk tujuan diagnosis punca masalah yang dihadapi. Setelah diteliti, kami mendapati pada sim card reader atau slot simkad nya terdapat keadaan yang mencurigakan. Bila diamati betul-betul melalui mikroskop barulah kami menyedari yang pin slot simkad Xperia Z ini telah patah dan rosak.
Sebaik sahaja kami terangkan kondisi fon ini kepada pemiliknya, beliau terus berkata yang ketika ingin menukar simkad baru beberapa hari lepas, beliau mengalami kesukaran untuk mengeluarkannya dari slot sekaligus bertindak mengoreknya dengan batang besi. Selepas itu simkadnya masih lagi boleh dibaca dan hanya pada pagi ini barulah fonnya mengalami masalah ketiadaan rangkaian.
Setelah kami terangkan punca, kos baikpulih serta tempoh waranti yang akan disertakan sekiranya beliau ingin menggantikan slot simkad yang baru, terus beliau bersetuju dengan tawaran kami dan dalam masa sekitar 40 minit, Sony Xperia Z milik Puan Nurul Yang datang dari Presint 9 itu kembali pulih dan dapat digunakan semula seperti sebelumnya dengan baik.
Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller#