Repair Sony T2 Ultra Tak Boleh Hidup – Putrajaya

Sony T2 Ultra Cant On

Sony T2 Ultra rosak charging port & bateri

Selesai membaiki & menggantikan set charging port dan bateri untuk fon Sony T2 Ultra milik Encik Zul yang datang dari Fasa 8 Presint 9. Beliau datang ke premis BenAbas Gadget yang terletak di Fasa 4C, Blok CA Presint 8 telah meminta kami untuk tolong lihat dan periksa fon beliau yang sudah lama tidak boleh digunakan berikutan masalah tidak boleh hidup.

Sony T2 Ultra Cant Charge

Dalam proses baikpulih

Beliau juga turut menambah yang pada mulanya fon beliau ini menghadapi kesukaran untuk dicas, setelah beberapa lama ianya tidak lagi boleh dicas dan digunakan langsung. Kali ini beliau ke tempat kami dengan harapan supaya fon kesayangannya ini dapat dihidupkan dan digunakan semula seperti masa lalu supaya boleh diserahkan pada anak-anak beliau yang ingin mendapatkan akses internet dengan lebih mudah melalui fon.

Sony T2 Ultra Cant Charge

Dalam proses ujian kualiti alat ganti yang baru

Bila dapat sahaja fon beliau, terus kami buka dan bongkar setiap komponen yang ada bagi memulakan prosedur baikpulih. Memandangkan Encik Zul katakan pada kami yang fon beliau mengalami masalah tidak boleh dicas sahaja pada mulanya, maka kami memulakan siasatan pada baterinya terlebih dahulu. Setelah diteliti kami mendapati yang bateri fon ini sudahpun ‘kong’ ataupun tidak lagi berada didalam lingkungan normal sesebuah bateri.

Selepas itu kami periksa pula keadaan charging portnya dan kami juga mendapati bahawa pin connectornya sudah pun bengkok dan sedikit tercabut. Bila ia rosak, maka kuasa elektrik yang sepatutnya dialirkan ke bateri akan menemui kegagalan sekaligus menjadi punca bateri tidak dapat dicas. Setelah kami menerangkan situasi yang terjadi kepada tuan punya fon, beliau terus bersetuju untuk kami ganti dan perbaiki semula fon beliau supaya normal dan berfungsi semula.

Sony T2 Ultra Cant Charge

Setelah selesai urusan baikpulih

Tanpa membuang masa, terus sahaja kami memulakan kerja baikpulih dengan menggantikan set bateri dan charging port yang baru untuk Sony T2 Ultra ini. Hasilnya, dalam masa lebih kurang sejam, Sony T2 Ultra milik Encik Zul yang datang dari Fasa 8 Presint 9 ini kembali boleh dicas dan hidup semula seperti biasa dengan baik.

Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller#

Updates

Charging PortSony

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *