Repair Software Sony Xperia Z1 – Putrajaya

Repair-Handphone-Sony-Xperia-Z1-Restart-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Kajang-Puchong-Serdang

Handphone kerap restart sendiri!

Alhamdulillah.. Berjaya Menyelesaikan masalah sebuah fon yang tidak dapat digunakan secara normal. Fon tersebut mengalami masalah kerap restart dengan sendiri walaupun baterinya masih lagi berbekal tenaga kuasa yang sangat banyak. Masalah ini telah terjadi keatas fon Sony Xperia Z1 milik Puan Jariah yang menetap di Presint 9.

Puan Jariah yang singgah ke premis perniagaan BenAbas Gadget sambil ditemani suami beliau telah menyerahkan kepada kami fon Sony Xperia Z1 milik beliau dan meminta kami untuk memeriksa sekaligus membaiki kerosakan yang dialami pada fon tersebut. Beliau juga sempat memberitahu kepada kami yang sebelum ini beliau juga pernah melakukan hard reset beberapa kali pada fon tersebut kerana menyangkakan sistem operasi pada fon tersebut sudahpun mengalami kerosakan.

Malang sekali, walaupun sudah direset semula, masalah tersebut hanya hilang pada seketika waktu sahaja kerana ianya akan berulang semula selepas beberapa ketika. Ini menyebabkan beliau mengalami kekusutan kerana sudahlah data-data peribadi yang penting habis dipadam, masalah yang sama tetap juga berlaku pada fon tersebut.

Selesai sahaja kami mendengar penerangan beliau itu terus kami melakukan pemeriksaan terhadap fon beliau. Pada mulanya kami menjangkakan bateri fon ini adalah punca datangnya masalah tersebut. Ini kerana setelah diukur bacaan voltage pada bateri tersebut, ianya menunjukkan bacaan yang tidak berada normal bagi sesebuah bateri fon. Melihat sahaja keadaan itu, kami pun cuba menghidupkan fon ini dengan sebuah bateri yang baru.

Sony Xperia Z1 ini pada mulanya dapat hidup normal dan bekerja seperti biasa. Namun selang beberapa waktu, masalah restart dengan sendiri itupun kembali berulang semula. Tanpa membuang masa kamipun bertindak untuk memulakan kerja-kerja baikpulih sistem perisian dalamannya semula memandangkan kerja baikpulih melalui perkakasan luaran tidak membuahkan hasil yang diimpikan.

Berbekalkan pengalaman dan peralatan perisian dalaman khusus yang terdapat dikedai kami, akhirnya fon Sony Xperia Z1 ini kembali hidup semula seperti biasa setelah siap dibaiki sistem softwarenya oleh juruteknik BenAbas Gadget. Semoga Puan Jariah dapat menggunakan fon ini dengan baik semasa beribadah di Tanah Haram kelak.

Repair-Handphone-Sony-Xperia-Z1-Restart-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Kajang-Puchong-Serdang

Setelah siap dibaiki

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

Updates

RestartSoftwareSony

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *