Repair Software Samsung T285 – Putrajaya

Unlock FRP Samsung T285.

Google suruh masukkan emel asal kalau nak guna!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget telah berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah tablet pintar yang berjenama Samsung model T285 atau lebih dikenali dengan nama Tab A 2016 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 9.

Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami telah mengadu akan masalah yang dihadapi pada tabletnya dan meminta kami untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sesegera yang mungkin kerana mahu memberikannya buat anak kecil beliau.

Ketika diperiksa, kami mendapati tablet tersebut tidak dapat diakses lantaran ianya sangkut di permukaan daftar masuk dimana Google telah meminta beliau untuk memasukkan emel dan password yang digunakan sewaktu mula menggunakan tablet ini.

Tambah beliau lagi, beliau tidak tahu emel yang diperlukan oleh Google kerana tablet tersebut dibeli secara second hand dari tangan orang. Lebih malang lagi pemilik asalnya juga sudah terlupa password yang digunakan pada emel tersebut.

Setelah berbincang tentang langkah kerja yang akan diambil termasuk anggaran kos baikpulih yang diperlukan, pemiliknya terus bersetuju dan sangat berharap supaya kami dapat menyelesaikannya. Akhirnya, dengan berbekalkan sistem software yang lengkap dan terkini, tablet Samsung T285 milik Encik Iqbal yang datang dari Presint 9 itu berjaya diakses sehingga ke menu utama tanpa sebarang masalah setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Unlock FRP Samsung T285

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang

Updates

FRPsamsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *