Repair Skrin Samsung J7 Prime – Sungai Besi

Repair-Handphone-Samsung-J7-Prime-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Puchong-Kajang

Skrin berbelang-belang macam harimau!

Alhamdulillah. Berjaya menyelesaikan masalah handphone masuk air yang berlaku terhadap fon Samsung J7 Prime G610 milik Puan Latifah yang menetap di Sungai Besi. Puan Latifah yang merupakan penjawat awam di Presint 3 telah datang singgah di premis perniagaan BenAbas Gadget pada waktu rehat tengah hari dan meminta juruteknik kami untuk menyelesaikan masalah yang telah melanda fon beliau.

Bila kami perhatikan, kami mendapati yang layar skrin fon ini telah pun retak dan jelas kelihatan gambar-gambarnya yang berjalur-jalur. Puan Latifah terus memberitahu kami yang fon beliau ini pada mulanya hanya mengalami keretakan sahaja akibat terjatuh beberapa kali. Akan tetapi beberapa hari yang lepas, layar skrinnya mula berbelang dan beliau juga menyebut keadaan itu terjadi setelah ada air yang terttumpah ke atas layar skrinnya itu.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan beliau, kami pun menyebut anggaran kos yang akan dikenakan sekiranya beliau mahu membaiki fon tersebut dan Puan Latifah terus bersetuju dengan tawaran itu dan meminta kami untuk menyiapkannya dengan secepat mungkin kerana sangat memerlukannya untuk urusan seharian. Tanpa membuang masa, terus sahaja kami lerai dan bongkarkan setiap komponen dalaman fon tersebut untuk memulakan kerja-kerja pencucian board dengan cecair khas untuk mencuci peralatan elektronik yang terdapat dikedai kami. Setelah siap dicuci, kami melakukan sedikit troubleshooting bagi memeriksa jika terdapat sebarang kerosakan lain setelah terkena air.

Setelah melihat tidak ada sebarang kerosakan lain, terus kami uji cuba set layar skrin LCD baru yang akan dipasang pada fon ini. Habis sahaja proses ujian kualiti alat ganti barulah kami memulakan proses pemasangan set LCD skrin yang baru dan dalam masa yang tidak sampai 2 jam, fon Samsung J7 Prime G610 milik Puan Latifah yang menetap di Sungai Besi itupun kembali hidup dan berfungsi semula seperti biasa. Semoga beliau berpuas hati dengan hasil kerja BenAbas Gadget.

 

Repair-Handphone-Samsung-J7-Prime-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Puchong-Kajang

Setelah siap dibaiki

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

 

Updates

LCDDamagedsamsung

2 Comments

    • Waalaikumussalam. Fon yang dimasuki air perlu dihantar ke kedai kami terlebih dahulu untuk proses cucian motherboard bagi mengelakkan litar pintas. Troublehsooting punca dan kos baikpulih akan dijalankan selepas proses tersebut. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *