Tak boleh menyala lepas masuk air!
Alhamdulillah. Berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah melanda keatas sebuah fon. Fon yang mengalami masalah tersebut adalah Huawei Nova 3i milik salah seorang dari pelanggan setia kami iaitu Encik Junaidi yang datang dari Presint 9. Beliau yang singgah ke premis perniagaan BenAbas Gadget telah menyerahkan dan meminta juruteknik kami untuk memeriksa dan membaiki fon tersebut.
Sebelum kami memulakan kerja-kerja baikpulih, kami sempat bertanyakan soalan kepada beliau tentang masalah dan apakah hal yang telah berlaku sehingga mengakibatkan fon beliau ini mengalami kerosakan. Sebak sahaja mendengar soalan kami, beliau terus menceritakan yang fon kesayangan beliau yang tidak sampai setahun digunakan ini lagi telah terjatuh kedalam sebuah jug yang berisi air.
Setelah dikeluarkan dengan serta-merta dari jug tersebut, fon beliau terus terpadam dan hanya terdapat sedikit sahaja cahaya dari bahagian tepi panel skrinnya jika dicas atau ditekan butang kuasanya. Mendengar sahaja penerangan beliau, terus kami membongkar setiap komponen dan peralatan dalaman fon tersebut dan mempersiapkan bahan-bahan untuk proses pencucian motherboard yang telah terkena air.
Setelah kesemua peralatan dalaman yang terjejas dengan air tersebut siap dicuci, kami cuba untuk menghidupkan kembali fon itu dengan menggunakan alat pembekal kuasa yang terdapat dikedai kami. Hasilnya, motherboard Nova 3i ini menunjukkan bacaan normal bagi sesebuah fon namun gambar di layar skrin tidak mengeluarkan sebarang paparan kerana telah rosak dimasuki air.
Sebaik sahaja mengetahui dengan pasti punca kerosakannya, terus kami berbincang dengan pemiliknya samada mahu menggantikan set lcd skrin yang baru ataupun tidak. Beliau akhirnya menerima tawaran istimewa kami dan meminta kami menyiapkan fon tersebut dengan seberapa segera.
Akhirnya dalam masa 1 jam, Huawei Nova 3i milik Encik Junaidi yang datang dari Presint 9 itu kembali menyala dan berfungsi semula seperti sediakala setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget. Semoga beliau berpuas hati dengan layanan dan hasil kerja kami.
Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller
salam tn…telefon honor 10 saya telah terendam di dalam mesin basuh dan saya menyedarinya setelah hampir 20 minit telefon itu terendam…adakah masih ada peluang untuk dibaiki telefon tersebut ..saya tidak berani membuka telefon itu sebaliknya hanya merendam di dalam beras shj…bolehkah saya menghantar telefon tersebut ke kedai tn untuk diperiksa dan untuk pengetahuan..saya tinggal dan dipahang…sekiranya boleh..boleh berikan alamat untuk saya poskan telefon tersebut..tq