Repair Sim Card Reader Samsung S4 – Putrajaya

Samsung S4 Network Failure

Tak ada line lepas tukar simkad baru!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Samsung model S4 I9500 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 4 iaitu Encik Nazri.

Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami sedari awal pagi lagi telah menyerahkan fon tersebut dan meminta kami untuk memeriksa dan membaiknya semula kerana mahu menggunakannya untuk urusan seharian yang sangat mustahak.

Ketika diteliti, beliau menjelaskan fon tersebut mengalami masalah gangguan perkhidmatan talian dimana signal jaringan tidak keluar langsung setelah menukar simkad baru. Lebih malang lagi, simkad asal yang digunakan sebelum ini juga sudah tidak boleh dibaca dan dikesan ketika hendak digunakan.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan beliau, terus kami bongkar komponen dalaman fon tersebut untuk memulakan kerja-kerja pencarian punca masalah sekaligus membaiknya semula supaya dapat digunakan kembali. Hasil dari penelitian kami, kami mendapati bahawa salah satu dari pin connector yang berfungsi sebagai reader pada simkad telahpun patah dan berkemungkinan rosak ketika tersalah untuk memasukkan kedudukan simkad yang baru. Ini mengakibatkan mana-mana simkad tidak dapat dibaca.

Setelah dijelaskan kepada pemiliknya tentang punca dan kos baikpulih, beliau terus bersetuju mengambil khidmat kami untuk membaiki fon beliau dan dalam masa tidak sampai 15 minit, fon Samsung S4 Encik Nazri dari Presint 4 itupun kembali pulih setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget. Sebelum beliau melangkah pulang, sempat beliau sebutkan yang beliau akan datang lagi ke kedai kami kerana sebelum ini sudah beberapa kali berurusan dengan beberapa kedai repair smartphone di sekitar Dengkil. Semoga beliau berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Samsung S4 Network Failure

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang

Updates

samsungSimCardReader

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *