Repair Samsung Note 5 Tak Boleh Hidup – Salak Tinggi

Repair-Handphone-Samsung-Note-5-Masuk-Air-Kedai-Repair-Handphone-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Kajang-Puchong-Serdang

Tak boleh cas lepas masuk air

Alhamdulillah. Berjaya menyelesaikan masalah yang telah terjadi keatas sebuah fon model Samsung Note 5 N9208 milik Encik Zahir yang datang dari Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Encik Zahir yang datang ke premis perniagaan BenAbas Gadget secara bersendirian telah menyerahkan fon beliau dan meminta juruteknik kami untuk memeriksa sekaligus membaiki semula fon beliau.

Beliau menjelaskan kepada kami yang fon beliau ini mengalami masalah tidak boleh dicas walau sudah dicuba dengan bermacam-macam jenis kabel usb yang berlainan. Dan ianya berlaku sejurus selepas isteri beliau mencuba untuk menggunakan usb On The Go ketika mahu memindahkan file dari fon tersebut dengan menggunakan usb itu. Selesai sahaja mendengar penerangan beliau, kami terus membongkar fon tersebut dengan tujuan untuk memulakan sesi pencarian punca masalah yang berlaku.

Sebaik sahaja bingkai fon tersebut dapat dibuka dan dileraikan, kami mendapati terdapat sejumlah kesan tumpahan air pada charging port beliau dimana kami mengesyaki bahawa inilah punca kerosakan yang terjadi. Beliau yang tidak tahu menahu tentang kehadiran air tersebut beranggapan mungkin terdapat air yang tertumpah tanpa disedari. Bilamana kami melihat kes ini adalah kes water damaged, tanpa membuang masa dan seperti biasa kami akan meleraikan setiap komponen dalaman yang ada pada fon ini untuk memulakan sesi cucian komponen dengan menggunakan cecair khas untuk mencuci alatan elektronik yang terdapat dikedai kami.

Setelah siap dicuci kesemua komponen dan peralatan dalaman, kami mencuba untuk melihat bacaan arus voltage pada motherboard fon tersebut untuk mengetahui adakah ianya masih lagi normal ataupun sudah mengalami litar pintas. Apabila kami cuba menghidupkan fon ini dengan menggunakan alat pembekal kuasa khas yang terdapat di kedai kami, Samsung Note 5 milik Encik Zahir ini berjaya dihidupkan dan berfungsi normal seperti biasa tanpa mengalami sebarang masalah.

Selesai sahaja sesi percubaan dan ujian kesemua fungsi yang terdapat di fon ini, kami pun memasangkannya semula. Akhirnya setelah menunggu hampir 1 jam dikedai kami, fon Samsung Note 5 N9208 milik Encik Zahir dari Bandar Baru Salak Tinggi ini kembali hidup, boleh dicas dan berfungsi semula seperti sebelumnya tanpa ada sebarang masalah. Semoga beliau berpuas hati dengan hasil kerja BenAbas Gadget dan kami juga berharap supaya beliau akan kembali lagi di premis perniagaan kami di masa akan datang.

Repair-Handphone-Samsung-Note-5-Masuk-Air-Kedai-Repair-Handphone-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Kajang-Puchong-Serdang

Setelah selesai dibaiki

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

Updates

samsungWaterDamaged

2 Comments

  • Salam. Permakluman di atas adalah pada tahun 2019. Adakah kedai Ben Abas ini masih beroperasi?

    • Wassalam. Kami masih beroperasi sehingga kini. Cuma kami sudah berpindah ke lokasi baru yang terletak di P3-09, Shaftsbury Square Cyberjaya. Sila hubungi kami di 013-2644102 untuk sebarang pertanyaan lanjut. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *