Ganti LCD Skrin Oppo X9006
Selesai menggantikan set LCD yang baru untuk fon Oppo Find 7 X9006 milik Encik Baharuddin yang menetap di Fasa 4C, Presint 8. Encik Baharuddin yang juga merupakan salah seorang bilal bertugas di Surau Putra Al-Amin singgah ke premis kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, No 2, Presint 8 telah meminta kami untuk tolong tengok dan periksa fon beliau yang mengalami masalah tidak boleh disentuh dengan baik.
Bila kami teliti, kami mendapati yang fon ini secara fizikal luarannya tidak mengalami apa2 masalah dan kelihatan sangat elok dan normal. Cuma masalah berlaku apabila kami cuba untuk slide layar skrinnya dengan tujuan unlock skrin dimana ianya sangat sukar dan gagal ditarik ke tepi.
Setelah lama mencuba, kami akhirnya berjaya unlock layar skrinnya dan tanpa membuang masa terus ke aplikasi mesej untuk mencuba keypad fon ini. Belumpun sempat kami cuba menekan keypadnya, barulah kelihatan secara jelas tentang masalah sebenar yang dihadapi fon ini dimana berlaku situasi “ghost touch” ataupun layar sesentuh skrinnya bergerak sendiri dan menaip secara automatik tanpa melibatkan sebarang sentuhan.
Setelah itu, terus sahaja kami maklumkan kepada tuan punya fon berkenaan punca dan kos baikpulih masalah yang dibadapi fon beliau ini. Dan memandangkan Oppo X9006 ini termasuk dikalangan fon yang datang dalam keadaan fullset LCD, maka terpaksalah beliau menukarnya secara fullset sekiranya bersetuju. Bila dapat sahaja persetujuan pemiliknya yang berminat dengan servis kami setelah mendengar kos dan tempoh waranti yang ditawarkan, terus kami bongkar fon beliau untuk memulakan sesi baikpulih.
Akhirnya, dalam masa lebih kurang sejam, kami berjaya membaiki fon Oppo X9006 milik Encik Baharuddin yang datang dari Fasa 4C Presint 8. Fon yang pada awalnya datang dalam keadaan tidak boleh dan sukar untuk disentuh itu kembali pulih dan berfungsi semula dengan baik seperti sediakala hasil sentuhan BenAbas Gadget.
Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller#