Repair Oppo A77 Tak Boleh Charge – Putrajaya


Tak boleh cas walaupun pakai kabel baru!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone berjenama Oppo model A77 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 4 iaitu Puan Shuhaida.

Puan Shuhaida yang mendapat maklumat mengenai kewujudan kedai servis repair handphone kami ini hasil dari pencarian di Google telah singgah ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA Presint 8 dan meminta kami untuk membaiki semula smartphone beliau yang dikatakan mengalami masalah charging.

Ketika diperiksa, kami mendapati smartphone tersebut masih lagi boleh dihidupkan dengan normal dengan menggunakan alat pembekal kuasa yang terletak di kedai kami. Ini membuatkan pemeriksaan kami mula tertumpu kepada set bateri dan charging port beliau.

Hasilnya, jelas kelihatan dengan pandangan mata kasar pada fizikal charging portnya yang sudahpun bengkok dan hampir hilang kesemua pinnya. Bila ditanya berkenaan itu, pemiliknya memberitahu ianya mungkin terjadi akibat anak-anak kecilnya yang sering menarik smartphone tersebut sewaktu kabelnya masih lagi bersambung. Dan terkadang beliau melakukan kesilapan sewaktu mencucuk kabel usb didalam keadaan terbalik dan mungkin mengakibatkan pinnya patah dan menyebabkan kegagalan kuasa elektrik disambungkan kepada bateri sewaktu pengecasan.

Setelah diterangkan kepada beliau tentang langkah kerja yang akan diambil untuk membaikpulih semula smartphone ini, pemiliknya terus bersetuju dan meminta kami menyiapkannya dengan segera kerana sangat memerlukan fail-fail minit mesyuarat yang penting didalamnya.

Akhirnya, didalam masa lebih kurang 40 minit smartphone Oppo A77 milik Puan Shuhaida dari Presint 4 itupun kembali boleh dihidupkan dan digunakan dengan baik setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Repair-Handphone-Oppo-A-77-Tak-Boleh-Charge-Kedai-Repair-Handphone-Putrajaya-Cyberjaya-Puchong-Serdang-Bangi-Kajang-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi

Setelah siap dibaiki

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#trustedseller

Updates

Charging Portoppo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *