Gelap gelita dan tiada network selepas masuk dalam air!
Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah fon model Oppo A57 milik seorang pelanggan kami yang menetap di bandar Cyberjaya iaitu Puan Wany. Beliau yang datang berseorangan ke premis perniagaan kami telah menyerahkan fon beliau dan meminta kami untuk memeriksa dan membaiki semula fon beliau yang dikatakan telah masuk kedalam air.
Seperti biasa, bagi setiap kes fon yang mengalami masalah masuk kedalam air atau water damaged, kami akan memulakan kerja-kerja baikpulih dengan membongkar setiap komponen dan peralatan dalaman setiap fon tersebut untuk melakukan proses cucian motherboard fon yang terkesan dengan air itu menggunakan bahan cucian khas untuk peralatan elektronik yang terdapat dikedai kami.
Setelah ianya siap dicuci, kami mendapati fon tersebut tidak menyala dan sebaik sahaja melihat keadaan tersebut, terus kami cuba menghidupkan fon tersebut dengan menggunakan alat pembekal kuasa yang digunakan secara khas oleh juruteknik kami. Hasilnya, kami dapat melihat bacaan arus elektrik yang terdapat pada motherboard fon tersebut menunjukkan bacaan yang normal dan tidak ada apa-apa petunjuk bahawa ianya mengalami litar pintas.
Sebaik saja kami berjaya menemui punca fon tersebut tidak dapat dihidupkan, terus kami terangkan kepada pemiliknya tentang langkah kerja yang akan diambil beserta kos yang diperlukan. Puan Wany bersetuju dengan kos yang dikenakan setelah berlaku sesi tawar menawar antara kedua-dua belah pihak dan akhirnya dalam masa 30 minit, fon beliau berjaya dihidupkan semula setelah siap digantikan dengan lcd skrin yang baru.
Menjadi prosedur kami untuk memeriksa setiap fungsi yang terdapat pada fon yang terkesan dengan masalah water damaged bagi memastikan setiap komponen dapat bekerja dengan normal dan tanpa sebarang masalah. Kami yang pada mulanya menyangkakan bahawa fon ini sudah siap sepenuhnya ternyata telah tersilap congakan kerana setelah diperiksa talian jaringan networknya, ianya menunjukkan ikon tidak ada sim dan servis walaupun kedua-dua slot pembaca simkad fon tersebut sudah diisi dengan simkad yang normal.
Oppo A57 yang sudah berada dalam keadaan hampir siap dipasang itu terpaksa dibongkar sekali lagi untuk memulakan kerja mengesan kerosakan tiada talian jaringan simkad dan akhirnya kami mendapati antenna yang sudah terkesan dengan air dan berkarat itu telah terputus sekaligus menyebabkan rangkaian talian tidak dapat dihubungkan. Tanpa membuang masa, berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang ada pada juruteknik BenAbas Gadget, kami berjaya melakukan proses jumpering dan menyambungkan semula laluan antenna yang telah terputus tersebut dengan menggunakan peralatan khas yang terdapat di premis kami. Dan akhirnya, fon yang pada mulanya tidak menyala dan mempunyai masalah tidak ada rangkaian network tersebut kembali pulih setelah siap dibaiki sepenuhnya di kedai kami.
Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller