Tak boleh hidup secara tiba-tiba!
Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah berlaku keatas sebuah smartphone berjenama Oppo model A3s kepunyaan seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 6 iaitu Puan Atiah.
Puan Atiah yang menghubungi kami sedari awal pagi lagi telah memaklumkan bahawa beliau ingin singgah ke kedai kami untuk memberi smartphone beliau yang mengalami masalah tidak boleh dihidupkan walaupun baru sahaja membaikinya disebuah kedai repair handphone yang lain.
Ketika ditanya tentang masalah yang dihadapi smartphone tersebut, beliau pun menceritakan yang smartphone tersebut pada awalnya telah masuk kedalam air. Setelah dihantar ke kedai lain, juruteknik dikedai tersebut telah menukar set lcd, bateri dan kamera belakang kerana memaklumkan bahawa ianya telah rosak akibat terjejas dek air.
Namun tidak sampai beberapa lama, smartphone tersebut tidak boleh dihidupkan langsung semula. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan khidmat dikedai tersebut, beliau telah menyerahkan smartphone tersebut kepada kami dengan harapan supaya masalah yang berbangkit dapat diselesaikan dengan baik.
Seperti biasa, ketika sudah membongkarkan bingkai dan komponen dalaman smartphone tersebut, kami sangat terkejut melihat kondisi dalamannya kerana kesan lopak dan hakisan air masih jelas kelihatan pada permukaan motherboardnya. Ini jelas membuktikan juruteknik sebelum ini tidak melakukan cucian motherboard yang wajib dikenakan keatas setiap smartphone yang masuk kedalam air.
Sebaik sahaja melihat keadaan yang seperti itu, terus kami melakukan pencucian keseluruhan peralatan dalaman yang ada pada smartphone tersebut kerana mahu mengelakkan sebarang bentuk pitar pintas berlaku dikemudian hari.
Akhirnya, setelah siap dicuci dan diselenggara, smartphone Oppo A3s milik Puan Atiah yang datang dari Presint 6itu kembali boleh dihidupkan dan berfungsi baik semula seperti biasa sejurus selepas tamat sesi baikpulih di tangan juruteknik BenAbas Gadget. Semoga pemiliknya lebih berhati-hati untuk menyerahkan smartphone kesayangannya ketangan juruteknik yang lebih berpengalaman selepas ini.
Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.
kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#trustedseller
Gambar gambar akan hilang tak ?
Bergantung pada komponen mana yang terkesan. Sekiranya melibatkan chipset yang bekerja sebagai penyimpan data seperti EMMC-EMCP, UFS, NAND,PCIE kemungkinan besar data tidak dapat diselamatkan. Jika tidak, semua data-data masih lagi tersimpan didalam storage dengan selamat. Suka untuk kami ingatkan sekiranya puan mengalami masalah fon yang rosak kerana terkena air untuk terus ke kedai kami bagi melakukan sedikit servis cucian motherboard.
berapa tuh encik
Apa yang berapa puan?
Assalamualaikum wbt,
Handphone saya jatuh dalam air laut semasa di Redang,.. skrin boleh dibuka. cuma xboleh klik semua apps. Failed to read apps data. Cannot start apps. bateri charging tapi masih keluar 0 pada icon, dan dia on off sendiri. masih boleh dibaiki ke, sayangnya gambar anak2 =(
و عليكم السلام ورحمة الله
Sila hubungi kami melalui talian Whatsapp di 013-2644102. Maaf atas kelewatan.